Friday, August 15, 2008

Sumpah Saiful

Aku sedang memandu untuk bersama teman-teman lama sekuliah di UPM dulu kerana semua dari kami berkampung seketika bagi menghadiri kenduri kahwin seorang teman tengah hari nanti. Tiba-tiba sms masuk menyatakan Saiful telah bersumpah dan sms yang sama dari seorang kawan di selatan tanah air ini menyatakan "if we use game theory to understand the situation, pakatan has been deducted 1 point, kalau nak cover balik, salah satu cara anwar kena sumpah..one point is very significant".

Untuk aku sumpah Saiful melengkapkan teori politik terhadap DS Anwar dan ia membelakangi proses undang-undang. Aku tidak risau tentang sumpah kerana dalam keterangan di mahkamah, masing-masing malah semua orang perlu bersumpah. Perihal sumpah Saiful, seberani mana pun dia, aku masih anggap sumpah politik tanpa menafikan beban di bahu DS Anwar untuk memulihkan persepsi mereka yang mahu percaya.

Kenapa sumpah tidak dapat menyelesaikan persoalan kita terutama dalam isu DS Anwar? Kerana rekod lampau terlalu jelas menunjukkan keterangan di mahkamah terdedah kepada cubaan memalsukan bukti, dan memberi keterangan yang bersifat bohong. Dan sebagaimana aku nyatakan - semua yang memberi keterangan ini telah bersumpah!

Sebagai seorang muslim, tidaklah layak untuk aku menghakimi kebenaran buat masa ini. Ia hanya sekadar pandangan untuk peringatan semua bahawa institusi negara telah rosak serosak-rosaknya kerana kelompok yang rakus mempertahankan kuasa dan kelompok yang dayus untuk bangkit membela kebenaran. Negara hanya erti sempit kepada rakyat, tetapi medan luas untuk mereka yang menggunakan kuasa semahunya.

Ya, kita berada dalam proses transisi - di mana ia membolehkan kita semakin berani bersuara meski hakikatnya sejarah menunjukkan cukup ramai penakut untuk sekurang-kurangnya bersuara dalam isu yang lampau.

Aku tidak fikir kerja fitnah liwat dulu adalah kerja manusia yang yakin soal dosa pahala. Mereka ingat boleh kompromi? Sama seperti kes hari ini. Persoalan menghalang DS Anwar menjadi Perdana Menteri bukan persoalan baru dan ia adalah asas kepada kisah pelik dan jelik politik Malaysia. Dan yang pasti, diliwat sekali kata Saiful pada 26 Jun 2008 (Khamis), berjumpa DS Najib beberapa hari sebelumnya dalam keadaan trauma, Jumaat masih hadir ke HQ PKR dan juga ada dalam majlis AIC - apakah ertinya ini?

Kepada sdr. Saiful, sebagaimana sdr. menyatakan bahawa sdr. memilih mahkamah untuk menjawab beberapa persoalan yang masih tersimpan dari pengetahuan wartawan malah aku fikir kita sebagai orang awam tidak menjangkakannya, justeru elok sdr. diam buat masa ini.

Pertuduhan terhadap DS Anwar juga wajar dibuang oleh mahkamah kerana jelas Saiful menyatakan dia dipaksa. Dan yang lebih penting ialah pertuduhan suka sama suka hadir selepas siasatan polis! Pelik sungguh, apa yang polis siasat hingga membawa pendakwaan suka sama suka? Tidakkah ia satu usaha terdesak untuk menafikan hak DS Anwar berusaha menjadi Perdana Menteri? Saiful juga berjaya merobohkan profesionalisme polis sebagaimana didakwa PM.

Apapun sejak dari mula pertuduhan terhadap DS Anwar, aku telah menulis dengan penuh keyakinan bahawa isu ini akan berjaya dihadapi. Masih banyak kad-kad yang bakal dijatuhkan dalam proses bicara mahkamah untuk menelanjangkan konspirasi bodoh ini.

Allah s.w.t. Maha Mengetahui dan kita rakyat akan memastikan noktah kepada kezaliman di bumi Malaysia - lambat atau cepat!

7 comments:

  1. Jika anda faham Bahasa Melayu saya sudah nyatakan bahawa proses di mahkamah juga mereka akan bersumpah. Terlanjur kedua-dua mereka telah membawa isu ke mahkamh, nantikan saja.

    Sebab itu saya katakan ini tidak lebih dari political game oleh seseorang di sebalik Saiful.

    ReplyDelete
  2. Maksud saya..Saifol sumpah kat masjid..Anwar bila lagi nak sumpah kat masjid..bukannya kat mahkamah..takkan Anwar nak biarkan satu Malaysia dan satu dunia lihat Saifol bersumpah sehingga menjatuhkan imej dan kariernya..So,Anwar mestilah tegakkan kebenaran.. kenalah juga berbuat demikian supaya rakyat MAlaysia dan satu dunia tidak akan timbul keraguan terhadapnya..

    Kalau bersumpah dalam masjid dengan disaksikan berjuta rakyat didunia..Insyaallah,akan ditunjukkannya kebenaran,kerna ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA MENGETAHUI..Jika siSAIfol ni berdusta..satu hari akan diturunkan juga balasannya..

    TAkkan anda pun tak faham Bahasa Melayu..Jangan marah noo..

    ReplyDelete
  3. Allah tk memerlukan perbuatan bersumpah di dalam masjid untuk menjatuhkan hukuman.. sebab Allah Maha Perancang..

    saiful bersumpah di masjid.. anwar pun perlu bersumpah di masjid juga?.. biarlah si luncai terjun dengan labu2nya...

    ReplyDelete
  4. Saya memilih untuk tidak bersetuju DS Anwar menjawab dengan cara bersumpah di masjid.

    Dalam hidup bernegara, saya percaya rakyat perlu diyakinkan bahawa proses undang-undang berwibawa dan boleh dipercayai untuk menegakkan keadilan dalam erti kata memberi yang hak kepada sepatutnya.

    Saya melihat tindakan Saiful bertentangan dengan semangat membawa kes ini ke mahkamah dan ia jelas bersifat politik kerana the top mission is to deny Anwar's right to become PM. Apakah untuk sementara ini ada yang tidak yakin kes ini Saiful boleh menang di mahkamah?

    Memang politik sentimen menagih DS Anwar bersumpah di khalayak, tetapi untuk saya ia tidak akan memberi kita jawapan yang jelas dalam isu politik. Suka atau tidak, kebencian mereka yang menuduh DS Anwar dari dulu hingga kini tidak pernah berakhir biar seterang siang isu dibongkar! Sementara ada kuasa mereka fikir mereka boleh membeli syurga!

    ReplyDelete
  5. Kita tunggu sahaja balasan Allah.

    Daripada sumber yang dapat dipercayai, maklumat terbaru, Rahim Nor sekarang sudah tidak dibenarkan oleh ahli keluarganya keluar rumah disebabkan keadaan mentalnya bertambah berat.

    ReplyDelete
  6. saiful pegang Quran dgn tangan kiri dia, tgk la sdiri gambar2 dlm utusan meloya tu.

    tak payah layan sumpah munafiq, fasiq, etc etc

    ReplyDelete