Aku harus jujur bahawa mendokong proses reformasi antaranya adalah memerangi Mahathirisme dalam konteks bagaimana banyak institusi negara 'rosak' di tangannya dalam proses memastikan DS Anwar tewas.
Pun begitu, sifat centrist yang kuat ada pada aku menolak kebencian melampau terhadap manusia. Kerana yang memuliakan seluruh manusia adalah Tuhan. Sebab itu kempen dalam bentuk argumentum ed hominem tak pernah membujuk aku malah kempen apa juga yang terlihat ada diskriminasi selalu lekas mengundang rasa skeptikal untuk aku.
Sebagai individu yang rapat dengan idea libertarian, aku meraikan pandangan Tun Dr Mahathir yang terkini, dan tentunya ia mencabar pandangan libertarian.
Sudah tentu di saat kemenangan DS Anwar, memperihalkan kisah Tun Dr Mahathir nampak canggung. Tapi telah ku katakan, bahawa aku tidak menjadi ahli mana-mana parti dan proses reformasi ini mahu aku ikut dengan perspektif idea (atau mahu disebut ilmu?).
Memuji Tun Dr Mahathir tidak pernah melepaskan kita dari tanggungjawab mendakwanya sekiranya wujud salah laku pada pentadbirannya yang lepas. Umum, termasuk DS Anwar mengakui bahawa beliau punya jasa yang tidak sedikit terhadap Malaysia dan itu tidak menjadikan beliau terlepas dari persoalan Kedaulatan Undang-Undang.
Itu bukan persoalannya sekarang, terlanjur kita mahu terus melangkah ke depan - pertarungan idea yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir harus sama-sama kita tekuni dan aku percaya ia akan membangkit emosi untuk rasa setuju kalian terhadapnya dan aku mahu meneladani sisi rencam dari hal ini.
* Entah bila dapat ku habiskan mengupas Debat DS Anwar dan D Shabery Cheek!?
Tuesday, August 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment