Tahun ini ramai yang bersorak - raya sakan - bukan kerana 'Aidil Fitri, tapi kerana mereka mahu menyaksikan negara yang paling dibenci (atau dicemburui) di dunia - Amerika - hampir lingkup!
Untuk negara yang banyak bergantung dengan Amerika, mereka sudah tentu berhajat untuk menelah hal yang boleh dikira antara yang terdahsyat dalam sejarah ekonomi dunia.
700 billion bukan angka kecil. Dan ia harus ditentang. Campur tangan kerajaan untuk menyelamatkan kapitalis yang gagal hanyalah mendedahkan sebenarnya wajah struktur sosialis. Mereka yang membina empayar perniagaan dengan campur tangan kerajaan dan mereka yang gigih mahu menyelamatkannya! Dan mereka akan melaung-laungkan kitaran kemiskinan dan kegagalan pasaran bebas untuk mengelabui hakikat sebenar ini.
Baca lanjut pendedahan di WauBebas.Org di sini, sini dan sini. Ada lebih banyak akan menyusul insyaAllah.
Sunday, October 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment