Ada artikel yang menarik di Malaysiakini dari seorang ahli akademik.
Isu loud speaker ini sebenarnya telah diulas oleh SS Mufti Perlis, Dr. Asri sebelum ini dan aku kira ia adalah kenyataan yang segar.
Sebenarnya, dalam banyak komen yang aku baca dari sebilangan kawan-kawan berbangsa Cina khususnya, ada sedikit ketempangan yang harus dibetulkan. Keghairahan mengkritik amalan umat Islam tidak harus menjadikan mereka 'buta' terhadap aspek-aspek dari pengamalan agama atau kepercayaan mereka.
Di Malaysia, berkat dari sejarah toleransi yang panjang, suka atau tidak suka, banyak isu-isu yang mungkin ada asasnya meskipun boleh dilihat remeh dapat berlaku tanpa kritik yang sarat dengan emosi. Dari hal colok, perarakan keagamaan dan sebagainya, aku kira masyarakat kita boleh bersabar dan bertoleransi sebagai satu simbol penghormatan terhadap kepercayaan masing-masing (baca:kebebasan beragama).
Khutbah yang sarat dengan perkataan yang sebahagiannya tidak ditapis atau diluahkan dengan emosi juga harus dipertimbangkan. Ada konsep-konsep yang di luar pemahaman masyarakat yang perlu diungkapkan secara berhati-hati atau pilih saja keutamaan khutbah yang lain.
Perlu ada perbincangan serius dari kalangan agamawan dan bijak pandai di Malaysia untuk memperhalusi banyak perkara.
Bab bahasa juga jelas, bahawa kita memerlukan satu Bahasa Kebangsaan dan ia telah diputuskan - Bahasa Melayu. Seorang teman yang pro Bahasa Melayu cukup marah dengan YB Teresa Kok (merujuk kepada kritik terhadap tulisan Jawi di papan tanda). Ada benarnya bahawa bahasa tidak mampu menjawab balik maka adalah 'bangsat' menyerang sesuatu yang tidak mampu bertindak balas (secara level playing field-tambahan aku). Kata teman itu, tidak apa jika beliau menyerang soal bangsa kerana bangsa itu mampu menjawab semula.
Aku cuba mengajak teman tersebut bersabar. Kataku, logik yang dipakai oleh YB Teresa boleh dicabar. Faisal Tehrani ada mengungkapkannya sedikit di blognya. Tapi dalam beberapa artikelnya, aku tidak cenderung bersetuju dengan cara beliau. Ia lebih banyak menyuntik sentimen (yang membawa kepada kekusutan persoalan) berbanding menyelesaikan masalah.
Bahasa Melayu sebenarnya telah di'sampah'kan oleh orang Melayu sendiri. Hanya saja orang lain (yang kebetulannya bukan Melayu) mengambil sampah ini dan membuangnya di dalam tong sampah. Maka, kita harus jelas kepada siapa telunjuk kita mahu dihadapkan. Jika memakai analogi sampah, terlihat tindakan membuang sampah ke dalam tong sampah adalah mulia!
Kita sebenarnya harus mengambil tanggungjawab terlebih dahulu sebelum lekas mencari alternatif dari pihak lain. Ini semangat individualisme dari ajaran Islam.
Seorang kakak dalam perbualan lain berharap kita patut tahu berterima kasih kepada YB Teresa kerana tanpa beliau, entah siapa peduli soal bahasa ini? Harapkan UMNO-BN? Kah kah kah kah kah...
Orang putih kata "action speaks louder than words"...kena pakai loud speaker juga kot?
Friday, October 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yb teresa said the ppl in seputeh or kl dont read jawi so those signs -which some ppl said the bn govt were going to throw out anyway - should be replaced with languages that reflect the racial demographic composition of that area. but i know that there are a lot of urban chinese middle class youth who can't read or speak chinese so going by teresa's logic, lets have a survey over that particular constituency of hers on what language do the majority of them read/speak and make those road signs in that language. most probably it'll be ENGLISH language :)
ReplyDeleteI'm totally agree with your argument because I did stress that point before :)
ReplyDeleteTapi yang jelas, cukuplah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.