Seperti yang kusangka terjadi.
Kini hanya tinggal dua macai yang akan berdepan dengan proses undang-undang dan kedua-duanya polis yang dikatakan pernah bertugas dengan seorang tokoh politik yang hampir dengan kerusi kuasa kini.
Apa kejadahnya dua orang polis ini nak membunuh Altantuya (baca: motif pembunuhan)?
Bagaimana mereka terlibat dalam urusan Altantuya? Jika Razak Baginda yang memanggil polis, kenapa Altantuya perlu diletupkan? Razak Baginda tidak bermaksud supaya Altantuya dibunuh, maka siapa memaksudkannya? Kenapa sampai perlu dibom (ada yang kata kena rogol dan tembak dulu)?
Apa yang boleh aku kata ialah negara Malaysia ini seakan sangat tidak selamat. Aku masih ingat kenyataan Isham Rais masa dia baru balik dari 'kunjungan ke luar negara' bahawa tidak ada satu lorong pun di Malaysia yang selamat. Aku masih membayangkan celakanya pertuduhan terhadap DS Anwar bahawa liwat berlaku secara sukarela sedangkan Saiful Bukhari membuat kenyataan tidak rela. Siasatan (bangsat) apa yang dilakukan oleh Polis Malaysia?
Ini adalah masalah besar pengumpulan kuasa yang bermula di era Tun Dr Mahathir. Di Malaysia, pemisahan kuasa seakan tidak berlaku. Tanya saja hatta orang awam sekalipun, mereka percaya bahawa orang politik yang berkuasa boleh melakukan apa saja melalui sistem kenegaraan yang berlangsung sekarang. Pemisahan kuasa hanya tempelan. Kebusukannya pecah kerana ada pemberani yang melawan dan berpengaruh. Mujur pemberani ini Melayu, jika tidak sudah tentu hasilnya sama kerana sentimen kaum yang diheret melalui paradigma yang salah.
Dua orang polis ini jika benar mereka membunuh Altantuya, atau polis yang lain sekalipun, mereka tidak membunuh tanpa motif. Sebab itu proses peralihan kuasa di Malaysia harus berlaku suka atau tidak suka dan cara yang paling demokratik harus dijaga. Ini bukan kerana Pakatan Rakyat itu terbaik dan sempurna segalanya, tetapi kerana ruang demokrasi yang terbuka akan membantu rakyat menilai dengan lebih baik.
Aku tak tahu apa reformasi dalam pengertian Perdana Menteri sekarang. Barangsiapa yang menyangka Pak Lah akan bangkit semula melawan dalam tempoh yang ada harap dapat lupakan. Tapi anda boleh bersabar kerana ada habuan untuk mereka yang sabar...hehe
Friday, October 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
amin!
ReplyDelete:) akak dengar bisik2 pemerhati politik sekarang ni kata, 'pemberani melayu' (baca: dsai) yg amin kata tu lah yg byk menolong menjayakan najib mendapat kuasa lebih awal he he he
kita sekarang nak tengok kalau najib dah jadi pm, apa mudah atau tidak pktn rakyat nak jatuhkan BN (menurut keyakinan YB N.izzah, mesti berlaku sebelum PRU13. tapi tarikh2 deadline ni semestinya boleh berubah2 mengikut convenience kan he he)
haha..
ReplyDeletekenapa perlu jadikan bisik2 pemerhati sebagai pandangan paling kuat?
kita boleh masuk ke pasaran bebas idea untuk menentukan bisik2 untuk diri sendiri :)
biar saja Pakatan Rakyat berusaha. Untuk kita rakyat, BN atau PR wajib menentukan yang terbaik untuk rakyat.
mungkin mudah sahaja untuk najib menamatkan kes ini tanpa melibatkan dirinya. caranya :
ReplyDelete1) bebaskan razak baginda
2) jatuhkan hukuman kepada sirul dan azilah (hukuman gantung sampai mati)
3) tukarkan sirul dan azilah dengan 2 org penagih dadah utk dijatuhkan hukuman gantung tanpa pengetahuan masyarakat (inilah sebab utama mengapa wajah sirul dan azilah sentiasa ditutup daripada tatapan umum)
4) hantar sirul dan azilah senyap2 ke luar negara atau ke sabah dan sarawak dengan identiti baru buat mereka meneruskan kehidupan.
kan mudah bagi mereka nak tipu rakyat. ini teori saya.
jerung,
ReplyDeletemanusia boleh lari di dunia tetapi tidak di akhirat. sebab itu jika kita menerima Islam, kita disarankan untuk masuk dari pintunya (aqidah). tidaklah pula saya mengatakan orang tak boleh terima Islam dari jalan yang lain.
Biasalah bhai...
ReplyDeletekat dunia nie ramai yang sanggup jadi hamba duit... sanggup galas dosa kerana duit...
a;ah memang sokong tu. rasanya semua benda ni ade udang d sebalik batu. mcm yg saya taulah. tp mls nak sebut. kang org kata memfitnah kene tahan kat isa lak. he. yelah tp sy penah lah tanya kat seorang peguam ni agak famous jugak coz dia ni abang kepada kawan saya. sy direct tanya pasal kes ni.. tanyalah pasal apa yg sy lihat dan sy baca. satu soalan tu sy tanya, dia teragak2 nak jawab. tgk reaksi muka dia? erm...tahlah rasanya apa yg ade d pikiran sy adalah benar..
ReplyDelete