Saturday, November 15, 2008

Kekayaan Negara

InsyaAllah jika aku kelapangan, aku akan mula menterjemah sedikit demi sedikit magnum opus Adam Smith - An Inquiry into the Nature and Causes of The Wealth of Nations.

Sasaran aku ia akan disiapkan sebelum Malaysia Think Tank membuka wacana Akademi Merdeka ke-3 sekitar May 2009 dengan pengkisahan Atlas Shrugged oleh Ayn Rand. Ini satu projek serius dan bukan main-main.

Meskipun karya ini lebih banyak membela sudut pandang libertarian, ia boleh menjadi satu pembacaan dalam bahasa Melayu yang boleh menarik khalayak yang lebih ramai membincangkannya.

Tengoklah bila dah siap nanti - jika Malaysia Think Tank tak mahu menerbitkannya, aku kena cari penerbit lain la kot :)

1 comment: