Sebenarnya video-video kempen untuk Pilihan Raya Presiden Amerika mula aku tonton sejak 2003 seingat aku. Aku tonton melalui satu kursus di mana salah satu slot yang diikuti ialah teknologi kempen - seingat aku dibentangkan oleh Encik Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre. Waktu itu Merdeka Centre tidaklah dikenali sangat.
Ternyata kempen melalui klip video pendek yang ada cukup memukau. Kerja ini bukan kerja cincai melainkan kerja orang profesional memandangkan ia untuk tujuan kempen calon Presiden Amerika!
Di sebalik gahnya kempen menggunakan teknologi ini, realiti kebebasan media di Malaysia yang sangat terhad telah menyebabkan elemen kreatif yang ada cetek. Perniagaan tidak maju dan persaingan berat sebelah.
Suka atau tidak faktor internet sebagai satu daripada perkembangan teknologi telah memungkinkan wujudnya satu gelombang baru dalam masyarakat Malaysia. Gelombang informasi yang luas ini menuntut daya saring yang tinggi. Dari sejuta maklumat yang mungkin bisa ditemukan, mungkin 100 ribu atau 10 peratus daripadanya tidak benar! Bagaimana pula jika peratusannya meningkat?
Teknologi ternyata satu sumber untuk kita santuni kerana di sana isu kebebasan dan tanggungjawab diuji hebat. Nilai yang kita peganglah yang akan menentukan sejauh mana kita mampu mengendalikannya.
Malam ini sehingga sekarang, aku masih menikmati klip-klip kempen Barack Obama dan John McCain yang cukup hebat. Alangkah baiknya jika media kita membenarkan kempen dibuka untuk ini. Ia hanya akan berjaya jika wujud kebebasan media dalam erti kata liberalisasi peluang perniagaan berkaitan media.
Wednesday, November 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment