Setelah memperkenalkan sebab kenapa aku menulis tentang Aku Pun Melayu dan seterusnya mengulas kelemahan definisi Melayu berdasarkan Perlembagaan, aku akan cuba memperincikan masalah ini.
Sebenarnya aku hanya menaip spontan semuanya, maka ada hujah-hujah yang boleh diperkemaskan lagi misalnya mengikut definisi yang ada, maka layaklah sebelum ini India muslim (mamak yang bersatu di bawah KIMMA) minta status Melayu.
Dulu di BTN aku sebut begini:
1) Melayu itu berbahasa Melayu. Samy Vellu dan Lim Kit Siang pun boleh cakap Melayu.
2) Amal adat budaya Melayu. Samy Vellu dan Lim Kit Siang pun boleh buka kasut masuk rumah, makan basuh tangan, pakai baju Melayu dan sebagainya.
3) Beragama Islam. Ini sahaja mereka tidak ada.
Sebenarnya aku menggunakan contoh ini untuk menunjukkan pemboleh ubah siapa Melayu berdasarkan Perlembagaan.
Tapi, mengambil kira ‘logik’ Tuhan menjadikan manusia dengan segala kepelbagaiannya, Samy Vellu dan Lim Kit Siang tentu saja akan minta dari Tuhan untuk jadikan mereka Melayu jika tahu mereka akan dilahirkan di Malaysia di mana Dasar Bumiputera dan Ketuanan Melayu rancak diperjuangkan.
Yang pastinya, Tuhan tidak buat begitu. Dan Allah s.w.t. berpesan pula di dalam Al-Quran bahawa diciptakan manusia ini pelbagai untuk saling berkenalan. Garis beza antara kita ialah taqwa.
Di sinilah kehebatan Islam sebagai sebuah agama untuk aku.
Dulu masa keluar 40 hari tabligh di Johor, negeri yang orang kata pekat UMNO (baca: sentimen Melayu), aku sampaikan secara jelas mesej Islam dengan izin Tuhan.
***************
Tuan-tuan yang dimuliakan Allah s.w.t.,
Kejayaan manusia dalam agama dan bukan selainnya. Allah s.w.t. tidak letak kejayaan manusia dalam harta benda, kerana jika Allah s.w.t. letakkan kejayaan manusia dalam harta benda, beerti hanya orang kaya saja berjaya.
Allah s.w.t. juga tidak letak kejayaan manusia dalam rupa paras, kerana jika Allah s.w.t. letakkan kejayaan manusia dalam harta benda, beerti hanya mereka yang kacak dan cantik saja berjaya.
Allah s.w.t. tidak letak kejayaan manusia dalam pangkat dan kedudukan, kerana jika Allah s.w.t. letakkan kejayaan manusia dalam pangkat dan kedudukan, beerti hanya orang berpangkat dan kedudukan tinggi saja berjaya.
Allah s.w.t. tidak letak kejayaan manusia dalam keturunan, kerana jika Allah s.w.t. letakkan kejayaan manusia dalam keturunan, beerti hanya keturunan tertentu saja boleh berjaya misalnya Melayu saja boleh berjaya.
Tapi Allah s.w.t. Maha Adil. Allah s.w.t. letak kejayaan manusia dalam taqwa di mana semua manusia boleh mencapainya. Satu orang miskin yang bertaqwa, akan berjaya di sisi Allah s.w.t. dan satu orang kaya yang tidak bertaqwa tidak dianggap berjaya di sisi Allah s.w.t..
Begitu juga, satu orang kaya dan berpangkat, jika bertaqwa dia akan berjaya di sisi Allah s.w.t. dan sebaliknya jika tidak beliau juga gagal di sisi Allah s.w.t.. Satu orang miskin jika tidak bertaqwa rugilah beliau. Sudahlah bahagian dunia tidak ada, di akhirat juga tidak berjaya.
Satu orang Melayu, Cina, India, Yahudi atau siapa saja boleh berjaya di sisi Allah s.w.t.. Syaratnya mudah – bertaqwa.
Maha Suci Allah yang memberikan keadilan kepada kita.
Tapi apakah itu taqwa tuan-tuan?
Taqwa adalah persoalan nilai yang disertakan dengan keyakinan asas kepada Rukun Islam dan Rukun Iman dan disertakan dengan amalan.
******************
Apa kaitan kisah tabligh aku dulu dengan Aku Pun Melayu?
Sebab Melayu, jika mahu mengasosiasikan diri dengan Islam, harus tidak membelakangkan nilai Islam agar agama ini tidak difitnah.
Jika kalian baca Aku Pun Melayu 2 yang aku tulis. Sebenarnya di sinilah masalah UMNO dan PAS dalam persoalan Melayu-Islam. Tapi aku lebih puji PAS berbanding UMNO kerana dalam susah payah, PAS sanggup di barisan luar kerajaan dan tegas mengatakan yang zalim itu zalim sedangkan UMNO gagal. Maksud aku di sini sikap parti, bukan individu dalam parti.
Kesukaran PAS sebenarnya berlaku berpunca dari faham yang salah dari definisi Melayu sebagaimana aku dah tulis. Sebab apa? Sebab PAS sebagai parti politik harus berpijak di bumi nyata bahawa mereka memerlukan undi Melayu sebagai saluran utama undi mereka. Begitu juga UMNO. Dalam hal ini, kadangkala perkara buruk bersabit Melayu pun takut ditentang kerana nak jaga undi Melayu misalnya DEB telah membenihkan rasuah (sebagaimana tepat ramalan Tun Dr Ismail bahawa orang Melayu akan korup jika DEB terus dilaksanakan selepas 20 tahun).
Orang Melayu berkempen bahawa ini persoalan hak. Dan di sanalah neraca Islam teruji pada sikap sebenar kita sebagai muslim. Dan jujurnya, di sanalah aku menemukan bahawa pandangan ekonomi liberalisme klasik (baca: libertarian) adalah pandangan paling cocok dengan prinsip Islam – menolak favouritism dan perlindungan, menghidupkan ekonomi pasaran bebas. Tapi di kalangan kawan-kawan aku lebih senang dikategorikan centrist, kerana daripada pengetahuan yang ada, Islam lebih besar dari persoalan libertarian namun libertarian sebagai alat berfikir banyak membantu aku memahami persoalan-persoalan hidup dan tentunya ia boleh diperdebatkan.
Hujah-hujah bahawa masyarakat India ada negara India dan Cina ada negara China adalah hujah yang sangat tidak Islamik. Hujah-hujah bahawa Yahudi itu confirm masuk neraka juga tidak Islamik. Malah silap-silap Tuhan tanya kita balik sebanyak mana telah kita dakwahkan mereka tentang Islam dari kata dan laku kita berbanding terus mencari siapa ahli neraka?
(akan bersambung nanti – Aku Pun Melayu 4)
* Aku bukan ustaz dalam pengertian guru agama. Aku juga seorang pendosa yang sentiasa takut dan harap diselamatkan Allah s.w.t. asbab kelemahan aku. Tapi aku gembira siapa saja yang bersetuju dengan kebaikan meskipun mereka belum berupaya melaksanakannya. Bab ni aku akan tulis lain - tentang individualisme.
Friday, March 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam heir amin,
ReplyDeletesaya rasa
mana mungkin islam perlu ditongkatkan dengan nama bangsa
islam bukan hak milik melayu, bukan hak milik arab
macam dalam definisi melayu dalam perlembagaan tu
dan
semua nak pakai nama islam, bukannya saya tak setuju, tapi nampak melebih sangat. macam episod kafir-mengkafir dulu
macam islam diletakkan di bawah politik
tapi cerita ni dah lama kan. kalau ada pun mungkin saki-baki je. saya percaya sekarang dah semakin baik
em
saya tinggal kat semenyih, sebab belajar sini. keluarga kat ampang.
berasal dari trengganu. pindah selangor dalam 4-5 tahun lepas.tapi orang kat kampung kata pindah kolumpo je :)
asri, semenyih dgn serdang tidaklah begitu jauh. kita boleh jumpa di Bangi bila2.
ReplyDelete012-4667658..we should meet somehow bila2 :)