Thursday, March 19, 2009

Apa Nak Jadi?

Dulu aku pernah baca pelajar luar negara tak dapat kerja kerana Ijazahnya tidak diiktiraf, konon akreditasi tak dapat. Tapi anehnya kerajaan taja dan lepaskan mereka pergi.

Kursus perubatan di UM juga tidak diiktiraf oleh Kesatuan Eropah sejak 1990. Pada aku ini DS Anwar dan DS Najib kena jawab sebab DS Anwar baru saja lepaskan jawatan Menteri Pendidikan dan DS Najib pula ambil alih (jika tidak silap aku, malas nak semak).

Ini kes serius pada aku. Tak glokallah kalau macam tu!

Tapi apa nak hairan, berlambak ahli politik yang isytihar PhD tipu dan beli atau upah orang.

Di Malaysia, memang ramai yang suka benar jika ada gelar di depan misalnya Dr., Prof., Dato' dan macam-macam lagi. Akhirnya nilai di sebalik proses mendapatkan kelayakan ini jadi sampah! Dalam bab ni aku memang puji orang Barat sebab mereka tak sibuk pun nak letak gelaran ini pada nama mereka. Kalau ada pun mereka hanya tulis PhD di belakang atau di bawah nama (itu pun banyak dalam kurungan saja).

Julien Benda, Allan Bloom, Ortega y Gasset, Maulana Iqbal dan Mark Lilla serta ramai lagi pemikir pendidikan tentu boleh tulis banyak buku lagi jika mereka ada di Malaysia.

Hanya di Malaysia (dan mungkin negara-negara yang acuh tak acuh soal kebebasan dan keadilan) ahli akademik sibuk nak jadi ahli politik dan bukan sebaliknya.

Apa nak jadi?



6 comments:

  1. perkara ni dah lama pelajar perubatan di Malaysia tahu dan hampir semua universiti di luar eropah, first degree medicine mmg tak diterima.

    untuk ke Eropah, perlu ada Sarjana dulu.

    ReplyDelete
  2. memang mereka patut tahu sebab mereka pelajar perubatan.

    pokoknya kita harus mengangkat isu ini untuk dibincangkan.

    ReplyDelete
  3. salam

    saya sendiri pun tidak faham

    kursus saya tidak diiktiraf, dan saya pelajar tajaan mara!

    ada universiti sendiri memang tak kisah sangat pasal akreditasi (mqa)

    sebab mereka sasarkan graduan mereka untuk pasaran kerja swasta

    ReplyDelete
  4. struktur pengajian berbeza itu salah satu sebabnya.

    kiranya kalau belajar perubatan hingga peringkat sarjana di universiti luar eropah baru diiktiraf sebagai doktor di eropah. itupun perlu amik satu ujian juga.

    tetapi secara keseluruhannya, kita boleh tgk universiti kita, kebanyakkannya sedikit terkebelakang silibusnya terutama dalam sains dan teknologi.

    tgk pelajar jurusan komputer sains dgn kejureteraan elektrik. yang pandai hanya mengatur cara tetapi mencipta algoritma berasaskan matematik gunaan.

    saya amat berharap sistem pendidikan negara ini dirombak semula dari A hingga Z untuk mengatasi masalah ini. Pelajar tingkatan 4 dan 5 kena belajar 2 subjek matematik. tak pelik?

    ReplyDelete
  5. "tgk pelajar jurusan komputer sains dgn kejureteraan elektrik. yang pandai hanya mengatur cara tetapi mencipta algoritma berasaskan matematik gunaan."

    tgk pelajar jurusan komputer sains dgn kejureteraan elektrik. yang pandai hanya mengatur cara tetapi tidak mencipta algoritma berasaskan matematik gunaan.

    ReplyDelete
  6. Di malaysia, status seseorang terletakau pada gelaran didepannya. Samaada bertitle Datuk, Prof, Prof Madya mahupun Dr.Itu realiti hidup.
    Tahap berjaya atau tidak seseorang selepas bergradute adalah dgn melihat kereta apa yg dipandu dan bukannya berapa banyak ilmu didada.

    HIDUP!

    ReplyDelete