Saturday, March 7, 2009

Arrogance of Power

Tahun 2006 Datuk Dr. Hassan Ahmad, mantan Pengarah DBP dan budayawan Malaysia yang terkenal itu pernah menempelak "Setahu saya, hanya negara yang tidak maju yang memaksa atau terpaksa mengamalkan dasar kolonial, iaitu mengajar sains dalam bahasa asing".

Tahun itu juga Menteri kita degil dengan jawapan..."tunggu sehingga 2008 untuk ubah dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu".

Menteri ini maksudkan Pilihan Raya, guna kuasa di peti undi!

Tadi dalam berita Menteri Pelajaran konon bertegas - kenapa baru selepas 6 tahun nak bising?

Cis, kau fikir dulu lagi pejuang bahasa tak bising? Kau fikir media sanggup siar kritik mereka? Kau fikir masa tu undi BN tinggi melambung maka seluruh kata kau akan diaminkan?

Cis, aku harap kau boleh berhenti bercita-cita mewarisi legasi Perdana Menteri kerana nama kau ada bin Tun Hussein!




No comments:

Post a Comment