Monday, March 9, 2009

Atlas Shrugged

Ayn Rand bukan satu nama yang biasa kita dengar di Malaysia. Apatah lagi buku ulung karangan beliau bertajuk Atlas Shrugged. Tetapi satu kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Kongres Amerika meletakkan Atlas Shrugged sebagai buku yang kedua paling berpengaruh di Amerika, selepas Kitab Injil.

Majalah antarabangsa Economist baru-baru ini mengatakan bahawa pada pertengahan Januari 2009, lebih banyak naskah Atlas Shrugged dijual berbanding buku Audacity of Hope tulisan Barrack Obama.

Atlas Shrugged merupakan sebuah magnum opus tulisan Ayn Rand. Diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1957, ia menggambarkan apa yang berlaku di Amerika Syarikat tatkala ekonomi negara tersebut runtuh. Ia menceritakan mengenai tindakan-tindakan kerajaan dalam mengawal ekonomi negara, dan kesan tindakan tersebut kepada rakyat. Ia juga menceritakan mengenai bagaimana satu kumpulan rakyat yang bersungguh mahu berdikari berjaya merobah nasib negara melalui sifat keusahawanan mereka.

Ini merupakan kali ketiga Malaysia Think Tank menganjurkan Akademi Merdeka. Kali ini Akademi Merdeka akan mengkaji idea-idea berkaitan sifat keusahawanan dan kapitalisme yang diutarakan oleh buku Atlas Shrugged.

Baca lanjut Akademi Merdeka ke-3 di Pulau Pinang Mei ini. Jumpa di sana bagi mereka yang berminat!



No comments:

Post a Comment