Sebenarnya gua selalu terfikir, berapa ramai orang kita di Malaysia akan hadir kursus keibubapaan (parenting skills)? Selepas kursus rumah tangga, ada tak kursus lain selain kaunseling untuk kes pasangan mahu belajar lanjut proses memahami. Bukan apa, kadangkala istilah kaunseling ni seolah-olah mencalar ego pasangan - baik lelaki dan perempuan. Dah besar panjang pun masih bertekak padahal dulu kentut pun boleh jadi wangi.
Hurm, gua belajar sesuatu tentang cinta dan gua mahu kongsi. Gua rasa ada kebenaran...
Lelaki selalu beranggapan bahawa membantu wanita menyelesaikan masalah akan membuat mereka berasa lebih baik. Sebenarnya hal membantu selesai masalah ini baik hanya untuk lelaki, sama ada lelaki tolong lelaki atau wanita tolong lelaki.
Tapi dari pengalaman aku, lelaki harus mengadu pada lelaki dan wanita harus mengadu pada wanita kerana mungkin 'rasional' dari perspektif masing-masing lebih mudah didorong. Mungkin saja.
Testosteron yang banyak tak akan membantu sebaliknya yang perlu hanya menambah oksitoksin - gila bahasa akademik di situ. Selalu bila perempuan adu, kami kaum lelaki biasalah suruh relaks, bagitau jangan stress dan lain-lain. Kalau lelaki, kami tidak kisah dengan pandangan begitu meskipun mungkin kami tak ikut atau tak ambil berat. Tapi perempuan tak boleh terima. Yang terima tu mujurlah...
Akhirnya apa? Cubaan lelaki untuk mengalih perspektif wanita daripada tekanan mereka tidak berhasil sebaliknya menambah. Lelaki mula tidak lagi memberi pandangan kerana menganggap apa juga pandangannya tidak akan diterima dan wanita juga mula tidak berkongsi kerana menganggap lelaki hanya akan menambah tekanannya.
Lelaki biasanya meletakkan keutamaan pada apa saja yang dialaminya - melalui pendengaran, pemerhatian dan sebagainya. Mereka akan menentukan apa yang patut dibuat dulu sebab itu mereka jarang dilihat tertekan. Jarang ok? Tapi proses yang biasa oleh lelaki ini juga jadi punca masalah bila ia dianggap biasa oleh lelaki untuk disamakan dengan approach kepada wanita.
Lelaki akan mendengar wanita dan menentukan keutamaan apa yang patut diselesaikan dulu. Jika masalah itu mungkin dilihat keutamaannya kemudian, lelaki hanya akan menguruskannya kemudian. Wanita akan menganggap lelaki tidak hiraukan masalahnya sedangkan tidak. Dengan anggapan ini juga wanita menganggap tidak perlu lagi berkongsi masalah.
Wanita berkongsi masalah bukan untuk memecahkan akar permasalahannya sebaliknya hanya sekadar untuk merasa lebih baik, hanya mahu lebih dekat atau mesra...pendek kata alasan perkongsian itu berbeza dan gua sebagai lelaki rasa bila lelaki cuba bantu untuk selesaikan masalah, ia memang fokus kepada akar masalah. Tapi....
Wanita boleh bercakap banyak perkara pada sesuatu masa untuk dimengerti, tetapi fokus lelaki ialah hal yang lelaki anggap lebih besar iaitu bagaimana dia dapat bekerja lebih baik supaya mereka dapat bersama lebih cepat dan dapat bersama memperbaiki kualiti hubungan yang ada. Pendek kata, gua selalu cakap pada kawan-kawan dari pandangan gua sebagai lelaki, lelaki ni ambil jalan panjang...maksud nak cari bahagia tu sama. Cinta saja tak cukup beb kalau ayah si gadis minta dari kau mas kahwin sampai 20k, misalnya hehe. Al-maklum, macam gua balik borak dengan pakcik di Perlis dan ramai orang lain berkaitan fenomena andartu dan lelaki kahwin lewat. Lu bayangkanlah wanita sekarang 22 tahun dah ada Ijazah. Kereknya humang aih...kepada yang tak kerek, gua memang tabik!
Sambung...bila lelaki kongsi hal-hal besar ni, kualiti percakapannya pada wanita merosot. Wanita rasa kata-kata dia tak diberi perhatian. Cewah, gua harap mereka pun beri perhatian juga apa lelaki kata.
Lelaki suka idea konkrit, walaupun mungkin bersifat jangka panjang. Mungkin sebab tu lelaki yang matang suka benda yang jelas dan complicated. Nak couple tapi macam tak mau couple tu memang masalah besar sebab lelaki nak fikir benda besar lain lagi. Pendek kata, bila jelas lelaki akan senang tentukan keutamaan. Supaya kami tau misalnya lagi 2 tahun nak kahwin, takkan syok dok berembun dan esok melangut tak kerja?
Pendek kata, wanita hanya perlu kekalkan lelaki pada kadar testosteron yang tinggi. Dan lelaki juga hanya perlu dengar dan belajar faham apa wanita katakan, wanita memang tak suka diajar untuk buat apa-apa tentang masalah mereka. Dengan cara itu wanita sedang meningkatkan oksitoksinnya dan menurunkan tekanannya. Mungkin ia akan mengambil masa, tapi belajarlah berkongsi apa yang tak puas hati dan berilah masa untuk kedua-dua membina kesefahaman.
Hurm, mungkin benar juga kesimpulan aku dari pengalaman lepas bahawa lelaki jika ada masalah, adu saja pada lelaki yang lain...insyaAllah akan selesai. Perempuan juga adukan pada perempuan yang lain, insyaAllah akan selesai.
Tapi pastikan aduan anda adil supaya pihak ketiga tidaklah tersalah memberi pandangan. Selain itu elakkanlah bermula dengan pencarian siapa yang harus disalahkan dan siapa yang harus menang. Carilah APA yang baik untuk kedua-duanya dan bersama berusaha mencapainya serta anggap kelemahan yang ada dari isu yang timbul sebahagian dari proses memberi makna kepada istilah "saling melengkapi".
Kesimpulannya, kadangkala 'masalah' dalam relationship-thingy ni bukan masalah pun. Ia hanyalah proses. Hanya saja jika kita faham bahawa proses itu sangat penting untuk capai matlamat YANG BERTERUSAN, dan proses ternyata memerlukan masa. Yang berjaya tentu saja mereka yang menolak ego dan mendahulukan kesabaran dalam bicara.
Sebenarnya gua dah mula jatuh cinta dengan buku-buku Prof. John Gray...cewah, gua telah mula membaca buku-buku kekeluargaan nampaknya!
Thursday, March 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
agree wif this:
ReplyDelete"Tapi pastikan aduan anda adil supaya pihak ketiga tidaklah tersalah memberi pandangan. Selain itu elakkanlah bermula dengan pencarian siapa yang harus disalahkan dan siapa yang harus menang."
u shud knw who i am..
=)
urm, siapa ek?
ReplyDeleteselalunya ketidakadilan itu berlaku kerana salah seorang mahu menang.
utk mengelakkan adanya situasi 'rasa mahu menang', maka wujudkanlah satu mekanisme di mana kita:
1. kita sedia mendengar rasa 'tak puas hati' pasangan kita.
2. kita sepenuhnya sedar luahan rasa mereka bukanlah utk keburukan perhubungan sebaliknya pendapat utk membaiki hubungan (meskipun kita mungkin tak setuju).
3. kita boleh memberi penjelasan (walaupun mungkin juga tidak dipersetujui pasangan). elakkan dari kata2 kasar dan kurang ajar. SMS atau emel sebenarnya tidak membantu kerana kita tak tahu realiti emosi di sebaliknya.
4. terima saja perbezaan itu setelah proses2 di atas dibuat. anggaplah sedangkan lidah lagi tergigit.
5. jauhkan prasangka sebab mula kata cinta itu tidak harus di bibir tapi di hati.
6. setialah. tahu apa perkara prinsip yg dibezakan dan tahu perkara remeh. jika kita membuka diri kepada pihak ketiga dlm hubungan, ternyata itu bercanggah dgn prinsip. jika perkara itu hal2 kecil spt stress, salah faham..ia sentiasa boleh diselesaikan dgn proses2 di atas, insyaAllah.
yakin dan hiduplah dgn bahagia krn cinta bukan barang permainan yg dimain saat suka, dibuang saat benci.
org yg tepenyek kt tgh2 tu la wei..
ReplyDeleteuhuu~
askm,
ReplyDeleteaku pun tgh mmbaca 2 buah buku tulisan john gray ini.Menarik jugak.
alahai, siannya...
ReplyDeletesebenarnya tak patut terpenyek...sbb yg memenyek tu sebelah je kot?
me, myself...mengambil kira john gray yg pernah bercerai, aku bangga juga sebab lelaki mmg selalunya akan cuba belajar memahami meskipun yg lepas itu tak mampu dimiliki kembali.
lu semakin matang. gua respect bangat.
ReplyDeletetak perlu tunggu umur 40. orang putih menipu
haha, yang penting gua dah pasang lagu yang gua dengar masa umo 12..
ReplyDeletemasa tu cinta monyet dan semua org ada kisah cintanya tersendiri..
di hati tak sape yg tahu beb!
ReplyDeletekena guna bibir gak
dalam satu2 hubungan jgn harap dia beri lebih kepada kita tapi apa yg kita boleh tawarkan kepada si dia.
"Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA"