Petang semalam aku borak dengan kawan aku. Dia junior aku di fakulti sebenarnya. Lama juga tak jumpa dia.
Sebenarnya sejak di sekolah aku memang tak suka dilihat seperti senior. Bukan, bukan kerana aku nak kekal muda (haha, haih!) tapi aku tak rasa apa-apa yang hebat pun dengan senioriti. Aku tak pernah percaya rasa hormat patut ditagih hanya kerana kau lebih tua.
Tentu saja aku tak maksudkan kita jangan hormat orang tua. Pada aku hormat orang tua ni tak perlu diajar, ia datang sendiri dalam diri aku dan ia boleh hilang kerana sebab yang munasabah. Tapi susahlah, aku dah biasa hormat orang tua dan jika berbeza pendapat pun aku akan risau sendiri mana tau orang anggap aku kurang ajar, keras kepala dan sewaktu dengannya.
Masyarakat kita memang tebal feudalisme dan yang seumpamanya. Tak tahulah sama ada kita dalam kategori late majority atau laggard dari hal penerimaan kepada benda baru.
Seperti biasa, pada usia sebegini, ce,rita bila nak kahwin ni macam dah jadi tajuk rasmi. Cilakak, sebab aku tua sikit dari dia maka akulah yang jadi bahan padahal dia dah bertunang. Banyak juga borak hal kawan-kawan lain yang dah dan nak kahwin dalam masa terdekat ni. Kenduri kendara memang banyak dapat jemputan. Baguslah, dah nama jodoh.
Junior aku ni pun kisahkanlah kes si anu tak jadi kahwin tapi dapat pampasan 24 ribu. Puncanya si perempuan tunang dengan dia tapi bercinta dengan orang lain. Humang aih, aku dengar tu berdesup je. Putus tunang 3 hari sebelum kenduri dan kad jemputan telah pun diedarkan! Aku ingat kes-kes kejam camni lelaki je buat perangai, tapi perempuan pun ada juga?
Apa aku nak cakap? Gila babi...kalaulah dia duduk di tempat orang teraniaya tu, entah apa dia rasa?
Orang baik-baik sekali sekala pun ada juga terlepas maki hamun...hurm
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Masyarakat kita memang tebal feudalisme dan yang seumpamanya. Tak tahulah sama ada kita dalam kategori late majority atau laggard dari hal penerimaan kepada benda baru."
ReplyDeleteSAUDARA BANYAK SANGAT MENGAMBIL ACUAN BARAT...
ACUAN TIMUR KAN ADA...GUNAKANLAH...
BACA BUKU SEJARAH YANG DI TULIS DI TIMUR..
KAH KAH KAH....
apa kena mengena dengan tulisan ni?
ReplyDeletexde kaitan pun dengan tulisan diatas..just nak komen sebagian saja dari monolg diatas..
ReplyDeleteanyway, semua orang buat silap, jadi semua orang pernah memaki...
kau, aku, nik aziz, anwar hatta kassim ahmad pun pernah memaki...
kah kah kah...
hahaha...sesekali.
ReplyDeletekadangkala tak perlu tunjuk baik sangat bila tunjuk baik itu jatuh dlm kategori hipokrit..
lesson learn..
Sekarang gua nampak tulisan dalam blog lu agak hardcore sikit la amin
ReplyDeletelu jangan cakap yang gua ajar lu guna perkataan cilakak, celaka, apa-apa jadah.
hahaha.. sekufu nampaknya
beb, lu mungkin kenal gua dari satu sisi..sama mcm kawan2 di kampus.
ReplyDeletesumpah, gua org biasa :)