Sunday, March 29, 2009

Gua Akan Kembali

Aku sibuk dan menghadapi masalah akses internet di rumah. Bumi telah marah. Mungkin dia marah kawan serumah aku yang memperleceh kempen Earth Hour tempoh hari, haha.

Masukan Aku Pun Melayu telah disiapkan sampai 10 siri tapi aku hanya akan muatkan kemudian. Sekarang waktu rehat di sekolah - Institut Goethe.

Malam Earth Hour aku bantai tidur. Sebagai pelajar dalam jurusan Perhutanan, bab cinta alam ni memang sebati dengan diri aku. Cuma yang menarik nak dikongsikan ialah bagaimana manusia lebih mudah mengikut kempen bandwagon dan bagus apabila kempen Earth Hour ini menggunapakai kaedah bandwagon ini.

Abe (Rashidah) yang kini bekerja dengan WWF begitu semangat mengingatkan kawan-kawan berkaitan ini.

Memang ramai orang suka join the crowd. Bukan apa, nanti orang kata ketinggalan. Sekurang-kurangnya ada benda yang kita kongsi bersama - itulah globalisasi! Tak apa, walaupun kamu sekadar poyo untuk satu jam, itu pun cukup bagus.

Tapi waktu lain kau buang sampah, puntung rokok dan sebagainya yang mencemarkan alam, kau patut fikir semula. Aku kira dalam hal ini aku tabik masyarakat Jepun!

Sebagaimana aku dah tulis, kempen Earth Hour ini bukan baru, cuma kali ini ia dijalankan seluruh dunia. Maka, aku taklah bersungguh sangat sebab aku memang selalu alert hal-hal suis tak tutup di rumah. Tahniah untuk mereka yang teruja dan bersama dengan kempen ini.

Untuk aku, telah tiba untuk berbuat lebih dari itu. Kita perlukan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui. Debat ini telah dibawa oleh YB dari Pakatan Rakyat ke Parlimen dan sidang DUN (sekurang-kurangnya di Selangor). Malah sebahagian kawan-kawan yang mempertahankan YB Eli agar tidak letak jawatan kerana kami percaya suara alam sekitar hanya mungkin bergema dalam kabinet negeri Selangor melaluinya. Ya, dia adalah seorang aktivis alam sekitar yang terkenal sebelum terjun ke lapangan politik.

Jerman mungkin satu negara yang menarik di mana Green Party mempunyai suara yang kuat di sana.

Janganlah kempen Earth Hour jadi tidak lebih daripada kempen Anti-Merokok. Dan tak perlulah kita terasa hati sangat dengan kawan-kawan yang sinis. Mereka sinis yang positif kerana tanpa kempen Earth Hour, mereka telah lama perihatin dengan nasib bumi.



4 comments:

  1. Walaupun tak dapat join earth hour coz tgh drive balik dari kenduri kawin kwn di Pekan Pahang tapi aku yakin ada malaysian yg prihatin. Tak boleh nak paksa orang tok join. Semuanya bermula dalam diri seseorang.Realitinya penggunaan tenaga dapat di jimatkan sehungga 10%. Syabas!

    ReplyDelete
  2. saya tak perasan pun kempen ni kat tempat saya tapi takde sebarang kesan pun pada saya..pasalnya tak payah ada kempen pun memang sentiasa menjimatkan letrik, bukan lampu je, heater, komputer, hi-fi, mikrowave memang dimatikan kalau tak guna..takde kempen kebersihan pun memang tak buang sampah merata-rata..tak perlu kempen pun memang saya asingkan sampah yang mana boleh recycle saya hantar ke tong recycle..

    is it too difficult for us to think of it that we need these kind of campaigns to remind us how to take care of the environment? that reminds me of an athiest claiming that he doesn't need somebody up there to tell him to be good and to do justice to people because for him, just be good for goodness sake.

    surely that invites other arguments but it's something to ponder..we come across the aayah from the Quran - "la'allakum tatafakkaruun". do we really look around us, think and ponder?

    ReplyDelete
  3. ciss apa kaitan dengan dengan aku plak...

    ReplyDelete
  4. Ramzi, peace! Nasib aku sendiri 'earth hour' waktu Earth Hour, haha

    Akuatik, it makes sense but then saya tak kisah pun org nak sinis atau tidak sebab ianya terpulang kpd cara masing2 berfikir.

    tapi untuk mereka yg tak join sbb mmg dgn niat tak kisah dgn nasib alam, there must be something wrong.

    n, it's okay. utk saya, sebagaimana ditegaskan...kita jgn sayang bumi hanya utk satu jam itu sahaja!

    ReplyDelete