Tuesday, March 3, 2009

Hari Ini dan Minggu Ini

Sejak pagi ramai yang sibuk mengikuti perkembangan kes di Perak. Akhirnya sidang DUN hanya dibuat di bawah pokok! Negara ini sudah gila...sampai Dewan dikunci! Nampaknya isu di Perak ni akan berlanjutan untuk satu tempoh yang tak pasti.

Kemudian pukul 11 aku ke Parlimen - jumpa beberapa orang berkaitan urusan MTT dan juga urusan lain. Kebetulan jumpa Kak Munirah dan Ainis di sana kerana mereka ada urusan Transparency International. Aku tak perasan pun, Kak Munirah yang tegur dari jauh "Nak ke pejabat Ketua Pembangkang ke?". Err, aku memang akan ke tingkat 14, tapi bukan pejabat Ketua Pembangkang, jumpa orang lain.

Bincang dengan YB Yusmadi beberapa isu, sempat juga berkenalan dengan Dato' Dr James Dawos, Ahli Parlimen Mambong. Rupanya dia ex-Forester juga dan pernah mengajar di UPM, Kuching satu waktu dulu (kini telah dipindahkan ke Bintulu). Seronoklah kami berbual sikit isu kepentingan sains dalam membuat keputusan termasuk berkaitan dasar. Menarik. Dia baca policy briefing MTT yang ditunjukkan padanya dan dari perbincangan lanjut kami, aku boleh tabik.

Minggu ni semua outcomes kerja MTT harus keluar. Kritik terhadap Welfare State telah dimuatkan ke YouTube (terpaksa dipecahkan kepada 9 video kerana panjang dan talian internet agak perlahan untuk dimuatkan ke dalam Google Video). Video-video lain telah dipecahkan, tunggu nak masuk tajuk dan muat naik ke YouTube.

Pengkalan data perlu dikemaskini dan dimuatkan ke dalam ofis maya. Nampaknya, masalah di Parlimen tadi memerlukan kaedah berbeza untuk diselesaikan. Terima kasih teknologi! Manusia memang ramai yang tak rasional, tapi bodoh sombong jangan dilayan sangat. Lagipun ia boleh menjimatkan kos mencetak!

Selesai siapkan artikel Globalisasi Memperkaya Budaya - esok akan termuat di WauBebas.Org dan aku boleh drafkan surat berita (newsletter) MTT.

Oh, minggu ini juga perlu menyorot sejarah sikit untuk memandu masa depan...supaya garis pemisah impian dan mimpi lebih jelas :)

2 comments:

  1. Berkaitan dengan isu politik Perak yang semakin meruncing itu,
    bolehkah kita semua sama-sama lihat kembali ke belakang
    dan ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku di
    Rwanda Conflict?

    eceh, seperti sgt nerd pertanyaan itu.
    ok, just asking.
    =D
    ngee..

    peace no war.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya Tengku Razaleigh telah memberikan bottom line untuk kita sama2 faham dan bertegas dengannya.

    ReplyDelete