Tuesday, March 10, 2009

Hudud Satu Hukuman Yang Cool

Kalau kau perasan, penegasan Islam berkaitan Hak Pemilikan Harta duanya ada dalam hudud.

Aku tau kenapa ada yang bimbang

1. Kerana mereka bimbang ada reaksi berlebihan dari umat Islam yang sering lekas jatuh hukum. Aku tak tau kalian pernah tengok tak pegawai agama tarik selimut seorang wanita yang ditangkap khalwat, tapi memang ada..aku malas nak cek kat youtube.

2. Ada beberapa kenyataan dan aksi yang 'sedikit tidak rasional' oleh mereka yang cinta dan mahu menunjukkan rasa cinta mereka pada agama ni. Ya, kesilapan manusia.

3. Ada beberapa persoalan yang berbangkit misalnya isu Rogol, isu pemilihan mahkamah sivil dan syariah, isu berkaitan dua insan berlainan agama dan lain-lain (dan mungkin ia bersabit dengan falsafah undang-undang - equality before the law)

Isu-isu di atas absah dan kita jangan lekas menghukum mereka yang membawa isu ini sebagai mereka yang tidak beriman, fasik, munafik dan sebagainya.

Dalam dunia moden, mereka boleh membaca tentunya. Kita boleh menjawab juga, tentunya. Tapi ada dua perkara mesti kita jelas iaitu 1) penerimaan terhadap aspek teoretikal dan 2) keyakinan orang ramai terhadap siapa yang akan melaksanakan hukum ini.

Aku pernah tulis hal ini dalam masukan (entry) yang lepas-lepas - soal percaya dan upaya melaksana. No harm, aku tak ada masalah besar sangat dengan hudud ni. Part of it, sekurang-kurangnya aku beringat sempadan yang ada.

Aku pun manusia beb, tak sunyi dari salah laku dan tak perlu jadi hipokrit tunjuk baik.





3 comments:

  1. saudara amin,

    hudud memang sangat cool,

    kalau pelaksanaannya dari atas ke bawah dilaksanakan oleh orang yang juga cool. :)

    ReplyDelete
  2. mempercayai hudud dan melaksanakannya ada sedikit garis beza...insyaAllah, byk perkara perlu diusahakan.

    ReplyDelete
  3. ya

    nak melaksanakannya bukan mudah

    insyaAllah suatu hari nanti

    ReplyDelete