Tuesday, March 17, 2009

Kenapa UMNO-BN dan Pakatan Rakyat Sama Tidak Serupa 1

Tiba-tiba malam ni aku nak tulis politik sikit supaya jelas dengan sikap yang diambil.

Ia berpunca daripada tuduhan bertali arus berkaitan 'rasuah' dalam Pakatan Rakyat. UMNO-BN sangka ini akan memenangkan mereka dan dapat membeli hati rakyat, tapi pada aku tidak.

Aku akan cuba tulis ini dari masa ke masa. Untuk yang pertama ini aku nak tulis pasal rasuah dulu.

Kata (penyokong) UMNO-BN, Pakatan Rakyat pun rasuah dan salah guna kuasa.

Pada aku rasuah ialah soal sikap. Rasuah boleh dilakukan oleh siapa saja. Sama seperti salahlaku seks, penguatkuasa agama pun boleh jatuh lebainya.

Itu premis awal. Dalam kata lain ada 2 perkara yang akan aku sentuh: 1) sistem dan 2) penggerak sistem.

Hujah ini sama dengan jika seorang muslim buat keburukan, tak beerti Islam tu ajaran yang buruk. Kita harus berlaku adil. Berlaku rasuah ialah salah pelaku, bukan salah UMNO-BN atau PR.

Jadi, kenapa kita salahkan UMNO-BN?

Di sinilah kayu ukur beza sistem yang diamalkan UMNO-BN dan PR.

Tanya saja orang ramai, tentu mereka tidak yakin bahawa UMNO-BN telah bersungguh-sungguh memerangi rasuah. Ketidakyakinan terhadap UMNO-BN ini tidak beerti keyakinan telah ada pada PR. Tidak. Tapi PR boleh menjadi alternatif.

Sebab itu kita harus melihat usaha Selangor mendedahkan pendapatan YB-YB mereka harus dipuji. Ia mungkin tindakan biasa bagi mereka yang tak menganggap integriti sebagai satu hal mustahak dalam politik (kerana mereka mengurus dana awam).

Bila YAB MB Selangor bersedia jika BPR (kenyataan berlaku sebelum tukar nama) mahu menempatkan staf mereka di pejabat MB, ia juga harus dipuji.

Jujurnya, aku gembira bila media menyerang bertubi-tubi dan menghebahkan salah laku dan penyelewengan dalam kerajaan PR, jika ada. Cuma kita mempertikaikan kenapa hanya kerajaan PR? Dan kenapa pendedahan rasuah dan salah laku UMNO-BN oleh banyak pihak tidak disiarkan atau dibincangkan di media?

Media gagal memainkan peranan pengimbang emosi rakyat. Kita secara sedar atau tidak diajar fanatik dan ekstrim oleh sikap media yang ada. Dan sekali lagi, media ini dikawal oleh siapa?

Kita tidak menuntut Utusan, Berita Harian dan sebagainya memberi ruang yang banyak kepada PR kerana kita faham saham terbesar mereka diperoleh daripada parti politik. Tapi ia perlu ada kerana sebahagian dana yang ada ialah dana awam. Tapi kita wajib menuntut kelonggaran untuk diwujudkan media alternatif, misalnya siaran TV, surat khabar dan lain-lain kepada PR. Lesen dan kelulusan tidak wajar disukarkan atau dihadkan.

Pasaran akan menentukan kekuatan media ini dan kebebasan sentiasa akan dibataskan oleh Perlembagaan dan undang-undang.

Dari tulisan ini, aku hanya nak bagitau bahawa UMNO-BN sama dan tidak serupa dengan PR kerana UMNO-BN tidak komited untuk mewujudkan dan memastikan sistem yang ada telus. Sistem tidak bergerak sendiri melainkan dikawal oleh mereka yang berkuasa terhadapnya.

Sebab itu sebahagiannya, UMNO-BN sangat mencemburui media bebas seperti internet ini dan memang internet telah terbukti menjadi media berkesan mengimbangi UMNO-BN dalam penyampaian berita dan maklumat serta perspektif.

PR akan menerima nasib yang sama sekiranya mereka dilihat tidak komited dengan isu kebebasan, ketelusan dan keadilan ini.

Nah, akhirnya rakyat yang harus membebaskan diri sendiri kerana di sana kitalah akhirnya menjadi golongan pendesak kepada kedua-dua tebing ini. Dan pada tingkat yang terbaik, kerajaan harus diminimakan apabila kita mengambil tanggungjawab sendiri. Caranya tentu saja dengan pengurangan pelbagai cukai dan peningkatan kuasa membayar dan memilih kita.

Anda bersedia?




2 comments:

  1. salam

    saya setuju

    sikap media arus perdana yang pilih kasih rasanya menyumbang kepada gejala ekstrem atau taksub ini

    sebagai contoh;

    dalam 5 artikel perihal kebejatan PR dalam akhbar, dan 3 daripadanya benar.

    semestinya para simpatisan PR tidak akan mempercayai semuanya

    semestinya simpatisan UMNO-BN percaya semuanya

    kesudahannya, penilaian tidak dibuat.

    manusia percaya apa yang dia ingin percaya

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. kadangkala sebuah berita diletakkan pada konteks yang salah. pun haru!

    sebab itu utk berubah, rakyat tidak ada pilihan melainkan memperkasa diri.

    ReplyDelete