Saturday, March 21, 2009

Lepas Pergi

Putus cinta memang sakit.

Tapi kata orang jika kita cintakan seseorang, lepaskan dia pergi. Jika dia kembali, maka dia takdir kita. Jika tidak, dia memang tidak pernah menjadi milik kita.

Bila aku fikir, ia benar. Tapi tidaklah dapat dipastikan sejauh mana kebenaran ini mampu mengubat luka yang tidak kita nampak.

Akar nibung meresap,
Akar mati dalam perahu;
Terbakar kampung nampak asap,
Terbakar hati siapa tahu?

Sebab itu ubat paling mujarab yang pernah ditawarkan seorang doktor cinta ialah supaya kau boleh “move on”, bukan berusaha mendapatkan balik cinta kau yang gugur. Mereka juga percaya jika dia takdir kau, dia akan kembali. Tapi aku tahu sang pencinta sukar sekali menerima pilihan ini.

Selepas dirundung kegagalan cinta, teman bermulut manis pernah mengungkap pada aku perjalanan panjang cinta dia yang akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Kata dia, waktu kau bercinta jangan kau beri perasaan kau 100%. Biarlah dia nampak semua keburukan yang mungkin datang dari kita kerana kita manusia dan itulah hakikatnya – ada kelemahan. Jika jiwa dia besar, dia akan bersama kita menyantuni hal ini dalam erti membina persefahaman. Jika tidak, dia memang tak pernah ikhlas membina percintaan yang ada.

“Hanya setelah sah lafaz perkahwinan, berilah dia 100% atau lebih. Buatlah dia bahagia menjadi isteri kau sebab waktu itu dia telah menerima segala keburukan kau”.

Cadangan ini sangat revolusioner. Aku tak fikir manusia mahu membiarkan cinta mereka biasa-biasa saja. Tapi aku juga setuju bahawa kehebatan cinta itu harus zahir dalam apa yang dipanggil perkahwinan.

Apa lagi yang hebat dari itu?

Petang tempoh hari tengok Melodi ulangan, kisah AC Mizal dan bekas isteri yang tidak habis-habis selepas 8 tahun. Gila! Cerita-cerita rumahtangga selebriti yang kahwin cerai dalam tempoh singkat memang gila!

Tapi memilih untuk tidak berkahwin juga satu pilihan yang gila!

Kalau kau pernah main layang-layang, tarik tali dan lepas itu mungkin sesuatu yang asyik. Tapi dalam cinta, mungkin itu yang kau paling benci.

Ia mungkin seronok bila kau buat pada orang. Tapi percaya cakap aku kau akan benci bila ia jadi pada kau.


7 comments:

  1. Putus lagi? hai hang kena mandi ayaq Alam Flora macam ni!

    ReplyDelete
  2. Putus jadahnya, kan aku dah cakap aku nak tulis siri cintan cintun..

    Nilah masalahnya bila semua benda yg ditulis di blog dianggap realiti..

    Payah, payah..

    ReplyDelete
  3. Oh, maksud aku realiti semasa..

    ReplyDelete
  4. Ala amin, rilex la. gua pun baru je putus cinta. Dah tak ada selera nak hidup. Cuma sekarang selera beralih pada laksa.

    Lu pun bukan tua sangat. Aziz Sattar pun baru kahwin apa.

    ReplyDelete
  5. hahaha, lu memang la bro! bikin panas.

    gua putus cinta. kecewa. beerti gua normal.

    tapi bukan beerti gua mengalah :) dan gua mmg tak akan belajar membenci org, sekadar menolak nilai buruk dlm hal relationship thingy...

    ReplyDelete
  6. Gua rasa ada bagusnya putus cinta ni.
    "Jika kau bercinta lagi, jagalah kau hatinya".

    Lepas putus cinta, mmg rasa diri dianiaya, nasihat yg masuk kt telinga mcm sampah je".
    Zaman kegelapan melanda. Cahaya suram.
    Dialah segalanya..Kunun...bla la

    Takpe itu normal, lainlah kalo ko rasa tak sakit hati bila putus, kau bermasalah jiwa...wakaka

    selamat menjalani hidup!

    Gua sahut cabaran BSK

    ReplyDelete