Aku dah tulis, sila baca :p
Kebetulan semalam (maksud aku Khamis malam Jumaat) aku dan Zaki keboringan. Tenet di rumah pun ada masalah. Maka, kami buat keputusan pergi melepak dan konon-konon jadi Seekers pi cari hantu. Kami lepak dekat hentian lebuhraya baru KL-KLIA.
Masa lepak tu tiba-tiba polis bantuan datang tanya kami - syak. Tapi kami layan biasa saja. Sambil-sambil tu kami pancing dia cerita kot ada kisah hantu di sana. Dia kata memang ada. Lebuhraya baru ni agak lengang sebab memang tak ramai lalu tapi hakikatnya dah 9 orang mati kemalangan!
Aku dan Zaki memang suka cerita bab hantu ni kadang-kadang sebab dulu masa belajar memang kami selalu masuk hutan sama-sama. Doc Jin pun memang selalu panggil Zaki bila ada masalah berkaitan "gangguan". Cuma satu hal yang aku tak berapa berkenan dengan Zaki ni ialah dia macam excited nak jumpa benda ni kadang-kadang. Aku malas nak tanya dia pengalaman peribadi dia. Kami biasa hanya ulang cerita-cerita misterius dalam hutan saja.
Ok, aku malas nak menaip sebenarnya. Aku sekadar nak tulis beberapa watak hantu yang popular sepanjang aku hidup.
1. Sundel Bolong - aku tengok filem ni masa kecil dulu.
2. Freddie Krueger
3. Pontianak
4. Dracula
2-4 ni semua dari filem. Sumpah tak teringin nak tengok pontianak! Tapi memang gigi tajam dengan darah berlumur berserta rambut menggerbang tu terbayang la..
5. Hantu Susu - pergh, yang ni memang zaman tu goyang gakla nak main sampai waktu Maghrib, percaya habis!
6. Hantu Peloih
- aku tak tau nama di tempat lain, tapi nama hantu ni mak aku cerita dulu. Masa tu baru balik dari rumah arwah Tok di Mata Ayer. Biasalah, bila lalu perkuburan Mata Ayer tu, datanglah cerita ni. Hantu ni pendek kata suka sembunyi orang misalnya bila masuk hutan tak jumpa jalan keluar.
7. Langsuyar - biasa masa kem, benda ni akan bagi signal bahawa "saya ada di sini, maka jagalah tingkah laku anda".
8. Hantu Raya - di beberapa tempat memang kawan-kawan nampak, tapi aku selalu tak nampak. Kawan-kawan lari berterabur, aku boleh lepak relaks lagi.
Ada lagi beberapa jenis hantu yang aku dengar. Kawan aku dulu pernah hilang ingatan sebab katanya nampak hantu Kimono (masa tu kejohanan tenis MSSM). Tak perlu aku sebut nama dia tapi kawan-kawan tenis Perlis dan budak Derma kenal dia ni - senior kami setahun.
Selain tu, hantu Jepun. Cerita popular dulu kisah hantu berkawad la.
Lain-lain ada yang ambil gambar dan nampak bayangan lain. Seingat aku dulu pernah ditunjuk gambar majlis akhir tahun sebuah sekolah di Perlis (aku tak mahu tulis). Pelajar perempuan kelas tu meninggal kemalangan seminggu sebelum majlis. Tapi sebelum tu memang dia beria cakap dengan cikgu nak datang dan ambil gambar. Almaklum dah hujung tahun nak cuti sekolah. Bila cuci gambar budak-budak kelas, ada pula gambar arwah di sebelah cikgu - hanya kepala sahaja! Muka dia sangat putih macam pakai bedak tebal!
Dari sekolah rendah, masuk ke sekolah menengah hingga ke universiti, aku memang selalu jadi penglipur lara kepada kawan-kawan dalam hal cerita tengah malam dan tentunya kisah hantu adalah kisah yang tak pernah lepas dari menjadi pembuka cerita.
Yang pelik dulu hantu ni mesti terbayang muka seram. Tapi dah besar sikit ada pula kategori hantu cun bangat! Kalau orang perempuan mungkin mereka convert hantu cun ni jadi hantu kacak Edward Cullen kot?
Selalu dalam realiti situasi aku buang jauh-jauh fikir pasal benda ghaib ni. Niat mesti mau baik dan selalu beringat. "Gua datang tempat lu nak belajar tentang Tuhan, diri gua dan kehidupan", gitulah ayat yakin diri aku. Tapi sesekali bila dia datang bagi tanda dia ada, aku memang lekas-lekas semak balik apa aku buat kot ada yang langgar pantang.
Tu saja kot? Haram tak seram langsung!
* Aku nak tengok Talent Time wei, down to memory lane tu...
Friday, March 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jeng Jeng Jeng..
ReplyDeleteada kisah orang tu bawak kereta rasa macam kereta tu terbang...
sapa dia?
cepatlh...pent tunggu ni...
ReplyDeletemalam 13 march hari tu aku nengok cite hantu bangku kosong ....seram gak ...
ReplyDeleteseram mmg seram...
ReplyDeletekenapa aku baca di waktu begini? setelah aku kejut encik yunus gara2 anak kucen tprangkap di dapur rumah aku! lalu aku buat keputusan baca smpi habis..takde seram mana tapi aku goyang :p
ReplyDeletehaha, memang la tak seram sebab masa gua habis tulis benda ni dah awal pagi...
ReplyDelete