Ah, ini mungkin masukan yang lewat...tapi tak apa, aku nak tulis juga.
Masa aku balik kampung hari tu, filem Rock ditayangkan di televisyen. Seingat aku masa filem ni tengah naik, kawan-kawan tak henti dok nyanyi "Keunggulan Cinta".
Pergh, generasi aku boleh kata generasi yang lewat sikit la. Masa zaman Rock Kapak tengah naik dulu, aku baru tadika sampai habis sekolah rendah. Lepas tu masuk zaman Slam, masih oklah walaupun budak-budak laki nampak Slam ni lembut semacam je. Tapi lagu Melayu Malaysia ni orang masih mahu dengar.
Sezaman dengan tu juga lagu-lagu leleh Eddie Hamid muncul bagai cendawan tumbuh. Pasaran meminta - pasrah. Tapi lama-lama orang muak dengan lagu leleh macam tu. Tak jantan.
Aku tak tau apa orang-orang muda rasa zaman Rock Kapak tengah hangat. Tapi bila tengok M. Nasir dalam Kembara Seniman Jalanan, memang aku tabik la orang-orang seni yang sungguh-sungguh main kerana bakat sebelum kemudiannya dapat bayaran setimpal dengan bakat yang mereka ada.
Cis, memanglah aku kesal dah dua kali tak ke Istana Budaya. Satu, layan Butterfingers tapi masa tu ada Akademi Merdeka Januari 2009. Dua, kerana duit aku sekarang keluar lajuuuuuu...tapi tak apa, ekonomi tak berkembang bila duit simpan. Bahagian untuk kahwin tu aku tak susah fikir sangat.
Tapi dua hari lepas boring aku dan Ramzi pergi layan karaoke - karaoke jamban la paling murah sambil lepas tu boleh turun minum di kedai mamak (apa kes budak-budak sekarang tukar panggil kedai Zambry? Hangpa racist sungguh! hehe).
Kesimpulan yang aku boleh buat ialah Rock Kapak belum kalah. Kalau nak tahu kenapa, sila berkunjung ke mana-mana tempat karaoke.
Wednesday, March 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
bukan keunggulan cinta la bro.. dari sinar mata -BPR
ReplyDeleteya betul!
ReplyDeleteala, masa bercerita bila lupa kita sebut lirik la..hehe
kikikiki :p cukup2 la dgn SUCI yg kau lalak kan, lagi apa ye? Isabella..pergh..ngeri tgk korang lps geram :p
ReplyDeletetu nyanyi dlm keadaan tak fit tu...kalau fit mau topup tambah masa karok!
ReplyDeletetapi bila aku try ibnor riza, pergh..baru aku tau kenapa aku harus tabik kat amin kau..
jgn tabik! klu dia blh bc QURAN seperti itu, br blh tabik :p
ReplyDeleteagagagaga
ReplyDeletelu memang pandai pancing gua untuk tinggalkan komen. hebat
ReplyDeletegua kasi 4 bintang.
apa2 pun tak ramai yg boleh bawa lagu patahnya sayap malam. Mus May pun sangkut beb
gua dulu masa sekolah boleh selamba je..tapi lepas tu suara dah pecah, gua jadi gagalis!
ReplyDelete