Friday, March 6, 2009

Sembang Mambang+Cerita Serpihan Darjah 6

Cerita 1

Sebenarnya kerja pindahkan video dari video kamera ke komputer dah selesai lama. Tapi aku terpaksa pecahkan-pecahkan video tu pada tiap 10 minit kerana Google Video sangat lembab dan aku hanya masukka ia ke YouTube.

Walaupun aku umumnya mendokong perjuangan Reformasi di Malaysia, persoalan dasar tetap perlu dibahaskan. Di situ uniknya Gerakan Reformasi - rencam! Dan rencam ini untuk aku mencabar dan aku sahut cabaran ni. Video yang aku telah selesai pindahkan ialah Kritik kepada Welfare State (so called Negara Kebajikan la kot?).

Semalam aku borak sekitar satu jam dengan Dr. Thomas Knirsch. Tengok dia macam suka pula aku betah pandangan dia. Tapi aku rasa saranan dia untuk aku menghayati Social Market Economy adalah sesuatu yang menarik. Jerman memang unik dan antara benda yang aku suka dengan orang Putih (mereka-mereka yang aku jumpa la), ialah kerana mereka suka terus terang dan mempunyai perspektif dalam pengungkapan kata. Dulu Dr. Gene Healy juga selamba terbitkan buku The Cult of American Presidency. Ya, di Amerika kita boleh tengok selamba pelakon kutuk Presiden dan nyatakan sikap terhadap pilihan politik mereka. Di Malaysia? Janganlah harap...

Ah, aku masih Melayu-Muslim dalam erti kata sedia berfikir dan bergelut dengan zamannya - Carpe Diem! Dari latar belakang kerja dan minat aku, Dr. Thomas seperti orang lain juga, keliru. Bidang Perhutanan ialah bidang praktikal tapi aku cenderung kepada filosofikal. Aku hanya boleh menjawab bahawa aku memang mahu mengimbangkannya dan aku sedar ramai yang gagal, hehe.

Cerita 2

Aku rasa gembira sebab bukan saja Ustaz Rifae, tapi Ustaz Farihi juga dapat aku hubungi semula. Alhamdulillah, terima kasih kepada teknologi. Harapnya tidak lama lagi aku akan dapat bertemu semula dengan mereka.

Hal ini aku sampaikan pada Aernie petang tadi dan aku rasa rancangan aku dengan Muzri, Aysraf dan Farish akan mampu dilaksanakan.

Ustaz Rifae dulu guru pembimbing catur kami masa sekolah rendah dan aku baik dengannya kerana itu. Muzri aku tak pasti baik atau tidak dengan Ustaz, dulu dia juara azan di sekolah, hehe.

Ok, dulu darjah 6 aku dapat kebenaran khas masuk bilik komputer dan bermain dengan Chessmaster (aku tak ingat siri ke berapa tapi setakat rating 1500, kira hebat dah waktu tu). Hasil daripadanya aku meningkat dan dapat wakil negeri. Balik dari MSSM fokus pada UPSR. Lepas UPSR kerja melepak la. Waktu tu baru macam cendawan tumbuh pemain catur di sekolah.

Aku selalu main dengan Zofar dan Helmi di kelas 6 Harmoni dan lepas tu Juita jadi anak murid aku - sebelum jadi cinta hati, haha. Hubungan kami akhirnya dapat dihidu oleh orang ramai. Haha, nanti aku buat entry khas cerita cinta monyet yang fikir-fikir balik lucu ni.

Masa hujung tahun Juita dapat anugerah Ko-Kurikulum sekolah kategori perempuan. Siot, calon lelaki tak ada. Ustaz lupa cadangkan nama aku sebab waktu cadangan ni dibuka, aku sedang main Ragbi Sentuh MSSM di Kuala Lumpur (SM Sains Selangor masa tu, kami orang Perlis biasa sebut Kuala Lumpur tu kira dengan Selangor sekali la, hehe). Masa darjah 6 aku wakil negeri catur dan Ragbi, calon paling dekat bersaing ialah Muzri sebagai pemain tenis negeri - maksud aku yang agak seimbang la akademik dan ko-kurikulum. Kecewa beb waktu tu, kalau tak mesti ada gambar aku dan Juita, haha.

Aku masuk SM Derma (sekarang SMK Derma) pun dah cukup menggembirakan mak dan ayah. Tapi sebenarnya mereka dan tak ada siapa yang lain tahu bahawa aku pernah mimpi nak masuk MCKK - ni berpunca dari abang Redza la ni (headboy Koleq 1993 tak silap aku).

Amacam, poyo tak aku?

* Sembang mambang adalah kata-kata adik aku, Naim untuk kata lain berkaitan Sembang Kosong.

No comments:

Post a Comment