Tuesday, March 31, 2009

Tengku Razaleigh untuk Perdana Menteri Malaysia!

Masa tetap ada untuk aku mengajak kita semua berkempen supaya YDP Agong menggunakan hak pregoratifnya melantik Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri.

Aku memang sebolehnya mahu DS Anwar menjadi Perdana Menteri (sebab banyak janji demokrasi boleh kita tuntut) tapi mengambil kira pertimbangan politik kita yang masih keras dan tajam, Tengku Razaleigh adalah orang terbaik.

Ramai pendokong Reformasi reluctant untuk menerima Tengku Razaleigh hanya kerana dua sebab:

1) Beliau dalam sistem UMNO yang tak mengizinkan Reformasi berlaku.
2) Rakyat bimbang Ketuanan Melayu yang dikembangkan secara perkauman berterusan.

Cara terbaik ialah Kerajaan Perpaduan dengan DS Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen yang berkaliber memimpin Dewan.

Tapi Dewan harus dibebaskan untuk membincangkan apa juga usul melangkau sempadan parti dan demokrasi mesti ditegakkan dengan kebebasan dan keadilan menjadi prinsip pentadbiran.

Kampus, badan kerajaan dan lain-lain harus melalui fasa Reformasi yang nyata!

Tengku Razaleigh untuk Perdana Menteri!



5 comments:

  1. Amin,kenapa ANwar Ibrahim?

    Tak dinafikan saya pernah join dengar Anwar Ibrahim berkempen pada 2007. Sekadar nak mendengar, pada saya itu bukannya berkempen, lebih kepada KUTUK kerajaan...

    1998-saya sgt2 fanatik terhadap beliau, tapi sejak akhir2 ni saya menyedari sesuatu yg dulunya kabur pada akal.

    Satu jer perkara yg saya tak dapat terima & saya tak perlu nyatakan di sini.

    'Kata2 Ezam masih lagi terngiang2 di telinga saya dlm satu majlis di Perak. Matlamat perjuangan PKR, adakah masih seperti awal penubuhannya?

    PEACE...sekadar berkongsi pandangan

    ReplyDelete
  2. n, terpulang kpd saudari...

    saya percaya pada demokrasi yg sihat dan dgn naiknya Anwar, saya boleh menuntut byk janji demokrasi :)

    Ezam? haha..sdri hanya dgr dalam ceramah di Perak. Saya masih simpan beberapa SMS dia pada saya dan saya masih ingat cause dia yang berbeza setiap kali bermesyuarat dgn dia semasa dia memimpin GERAK :)

    saya fikir, jika PAS dapat keluar dari 'kesempitan' cara mengembangkan konsep 'Wilayatul Faqih' versi PAS, mereka tentunya jadi lebih ke depan...jauh...

    dan Reformasi, sayang kita tak pernah jumpa ya meski sdri kata lama juga ikut (sejak 1998). Saya tidak berminat menyempitkan Reformasi pd tubuh Anwar atau parti... :)

    ReplyDelete
  3. Tersenyum saya membaca entri ni. Rasanya baru minggu lepas saya beritahu pada isteri saya (dan beberapa minggu sebelum itu dengan teman-teman saya). Kalau benarlah PM tu terpaksa dari UMNO juga, saya lebih berharap melihat Tengku Razaleigh sebagai orangnya.

    Beliau rasanya calon terbaik dari UMNO dalam atmosfera politik sekarang.

    ReplyDelete
  4. Saya sebenarnya menanti2 tindakan PAS seterusnya...

    ReplyDelete
  5. sebenarnya yang penting dalam tindakan parti, tidak mengira di sisi mana mereka duduk ialah bagaimana mengangkat nilai ke tempat sepatutnya.

    itu adalah geist dalam tulisan2 saya berkaitan Aku Pun Melayu.

    parti boleh berubah, nilai kekal.

    di sanalah kebijaksanaan wujud jika kita mahu memahami erti manusia paling bijaksana dari geist hadis Rasulullah s.a.w..

    ReplyDelete