Ada semacam fenomena yang tidak asing tetap muncul dalam perjalanan Reformasi. Dan aku telah menjangka semua ini sejak awal mula aku masuk ke kancah 'mainstream' gerakan pelajar dulu (tapi aku tak fikir aku layak dipanggil aktivis, sebagaimana reformis mahu mereka dipanggil begitu).
Aku rasa sebahagian besar mereka yang aktif tidak memilih untuk ke depan, tapi aku tahu masih ramai yang bekerja dari belakang tabir. Kerana kami (mungkin aku saja!) tidak kenal bahasa politik yang sebenar - hitam dan putih. Kami lebih kenal jalur kelabu di antara pilihan hitam dan puith.
Kini pergerakan Reformasi melangkah ke fasa baru, selepas 10 tahun (sebenarnya jika kita arif, ia bergerak jauh lebih lama dari itu) Reformasi masuk ke wilayah pentadbiran, sekurang-kurangnya di banyak Parlimen dan negeri. Dan pada masa yang sama ia mula meluaskan sempadan kuasa dari masa ke masa.
Tapi kekhuatiran lama itu muncul semula. Pada hari ini aku tengok semua yang pernah terlibat, baik semaksimum atau seminima pengorbanan mula mahu mendabik dada "kamilah yang telah berjuang dan kami berhak untuk itu dan ini". Hal ini akhirnya mengingatkan aku peristiwa pengangkatan khalifah pertama Islam sebagaimana yang dikenali dunia hari ini - Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.. Peliknya, hal ini hanya aku dengar di kalangan kaum sebangsa aku - Melayu, dan tidak pula Cina.
Ini bukan soal kaum, tapi ia soal pemikiran. Jika kita belajar psikologi dan penyelidikan berkaitan dengannya, maka kita insyaAllah akan faham dengan lebih baik. Reformasi memang menuntut kuasa untuk membolehkan agenda diterjemahkan. Tapi kuasa apa jika ia tidak membebaskan? Kuasa apa yang boleh muncul dari sikap keakuan yang cukup tebal?
Ya, seorang liberalis memang percaya kebebasan wilayah individu. Tapi pernahkah kalian dengan istilah inter-dependent?
Malu aku melihat semua ini. Ego orang politik!
Sunday, June 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saja singgah menyatakan terima kasih di atas kunjungan saudara. ya sdr. norijam masih lagi bersama kbs. saya pun jarang dapat bertemu.
ReplyDeletekalau ada apa-apa nak kungsi senanglah sesama di alam maya.
salam.