Dalam sibuk menganalisa isu kebijakan, tiba-tiba meletup berita Saiful Bukhari Azlan, mantan Timbalan Presiden MPP Uniten (yang khabarnya sendiri angkat bakul mengaku Presiden) membuat laporan polis bahawa beliau diliwat DS Anwar Ibrahim.
Ini berita malang untuk Malaysia...
Pandangan seorang centrist.
Pasca keluarnya pengelola pejabat DS Anwar yang diketuai Dato' Saleh (berkhidmat di ibu pejabat PKR sebagai SU Agung, Nik Nazmi, Sim dan Izzah telah membuka ruang untuk mereka yang pada hemat aku tidak layak (berdasarkan karakter dan paradigma) - sdr Rahimi untuk menguasai pejabat DS Anwar. Mujur sdr Rahimi dah batalkan blognya, kalau tak kita boleh menilai sendiri. Atas dasar kawan sejak berusia 12 tahun, Rahimi membawa masuk Saiful untuk membantu kerja-kerja PRU-12. Aku faham bahawa sukarelawan adalah sukarelawan, tetapi membiarkan sukarelawan bebas untuk akses informasi primer adalah satu kerja cuai. Apa ketua ofis DS Anwar buat pun aku tak tahu. Tapi aku cukup sedar bahawa politik Rahimi dan Saiful telah dihidu. Mereka mungkin jenis tak faham bahasa bila DS Anwar memberi nasihat agar mereka sambung belajar (dalam erti kata lain, membuang secara berhemah).
Dari sebahagian bukti yang telah ada jelas Rahimi dan Saiful tidak cukup matang - boleh dilihat pada komentar dan karakter mereka. Tidak sedikit pimpinan pelajar yang mahu tumpang glamour boleh rapat dengan orang-orang penting negara. Tapi ramai juga yang lupa, ahli politik itu terbeza prinsip, pendirian terhadap isu dan juga percaturan politik mereka.
Saiful untuk aku hanya sekadar 'pejabat DS Anwar' kerana kebebalan dia dan Rahimi telah dihidu dan proses pembuktian telah masuk ke peringkat akhir. Aku tidak tahu berapa ramai saudagar yang telah jadi mangsa dek kegelapan politik mereka.
Maruah tidak ada galang ganti. Dan Saiful telah terperangkap kerana dia sangka dia mampu bermain api.
Tulisan di atas ini tulisan biasa aku sebagai seorang centrist, untuk kes Saiful ini, aku hanya ada satu kata - Bangsat!
Sunday, June 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amin,
ReplyDeletemaaf tidak dapat membalas msg saudara namun nasihat saudara sedang saya usahakan.
untuk pembetulan, Saiful Bukhari bukanlah mantan presiden MPP tetapi hanyalah mantan timbalan presiden MPP.
sedih tapi inilah hakikat. yang dikejar x dapat yang dikendong akhirnya berciciran. saiful terperangkap di dalam permainannya sendiri.
salam,
ReplyDeletethanks sis for your correction.
berada di situasi semalam cukup menghimbau ingatan 1998.
salaam,
ReplyDeletesdr Najwan telah buat peringatan awal. tapi, mengapa Anwar dan batalionnya tidak mendengar?
padahal bukannya jauh jarak Najwan dengan Anwar; setiausaha kepada mantan setiausaha Anwar.
heran...
Salam Aqil,
ReplyDeleteSaya kira peringatan itu telah lama diterima. Tapi mungkin DS Anwar terlalu baik..beliau menggunakan hemah tatkala menggesa mereka berdua pergi sambung belajar.
Saya kira Saiful mengambil tindakan ini atas beberapa keterdesakan..
1) Rahimi sudah dibuang dari pejabat DSAI.
2) Ketakutan menghadapi sidang Parlimen terkini - perubahan kerajaan boleh berlaku bila2.
3) Pembuktian kes sudah masuk peringkat akhir..(tak perlu saya kisahkan kronologinya ya :)).