Wednesday, August 13, 2008

Lagi Buku Diharamkan

Bayangkan saja bila perbezaan pendapat secara aman dijawab dengan kekerasan? Sudah tanduskah umat ini untuk menggesa fikrah menjawabnya?

Satu publisiti percuma - satu lagi buku diharamkan - satu lagi tanda kemunduran fikrah - satu lagi tanda kebebasan sedang diburu.

Harapan baru untuk Malaysia?

14 comments:

  1. terbitan Sisters-in-Islam? mungkin saya pun akan bertindak serupa. selain kenyataan & tindakan yang selalu contradict, tiada apa yang saya boleh banggakan dengan mereka.

    ReplyDelete
  2. saya tidak pernah suruh sesiapa bangga dengan mereka. yang jelas saya tidak bangga bila hujah tidak dilawan dengan hujah..maka umat hidup dalam sentimen.

    kegelapan tak boleh dihalau. nyalakan lampu!

    ReplyDelete
  3. saya menyokong penuh kenyataan DSAI pada blognya tak lama dulu bila dia mengatakan bahawa perkara sebegini boleh membentuk pemikiran yang jumud dan bebal.

    yang saya perhatikan bahawa setiap kali sesebuah terbitan diharamkan, tiada hujah yang bernas diberitahu umum atas sebab buku² itu diharamkan. maka ia membentuk publisiti secara tidak langsung...

    ReplyDelete
  4. justeru? ia kelihatan bercanggah dengan kenyataan sdri - mungkin saya pun akan bertindak serupa.

    bila sdri mula menulis SIS, ia terlihat seolah label mendahului persepsi. yg jelas ialah itu cara umum - emosi dulu. saya fikir dalam sebuah negara demokratik (malah negara Islam sendiri!), mereka berhak bersuara dan kita berhak menjawab.

    ReplyDelete
  5. kdg2 bila perkara ini terjadi aku seringkali berfikir adakah umat skrg malas berfikir.kebenaran dan keyakinan terhadap agama bukan kita boleh perolehi dgn sentimen.

    ReplyDelete
  6. saya kata mungkin sahaja... bercanggah ke? mungkin tu bawa banyak maknanya. emosi? tiada emosi langsung dalam pernyataan itu...

    ReplyDelete
  7. Tulislah buku yang di dalamnya terkandung hujah-hujah kuat. PTS boleh terbitkan.

    Mari manulis buku!

    ReplyDelete
  8. maksud saya pada ayat - terbitan SIS? ia adalah ayat berkonotasi emosi. terpulang jika sdri mahu mengaku atau tidak, tetapi saya berhak utk memberi interpretasi makna.

    saya fikir cabaran2 yang dihadapi umat Islam hari ini adalah kemahuan Tuhan untuk melihat sama ada benar kita kasih pada agamanya atau sebaliknya. Bukankah Tuhan telah berpesan - yang paling bertaqwa itu adalah yang paling berilmu? tidakkah kita mahu sedar bahawa pesan taqwa itu diiring dengan kata berilmu?

    jujurnya saya belum membaca buku yg diharamkan ini justeru saya belum sampai mahu mengatakan ia menyesatkan. di Malaysia, buku Karen Armstrong juga pernah diharamkan meski ia telah menjernihkan banyak pandangan Barat terhadap Islam.

    Saya fikir saya tidak mahu gopoh. Cukup untuk saya sedar bahawa sebagai individu saya mempunyai pilihan dan Tuhan juga memberikan pilihan untuk saya.

    ReplyDelete
  9. Nah, menarik tawaran sifu! Sifu, saya memang berhajat, cuma teknikalnya saya mahu belajar. Bagaimana jika kita anjurkan 1 kursus menulis di sekitar Wilayah Ilmu ini? - Serdang, Bangi, Cyberjaya?

    ReplyDelete
  10. mungkin saya boleh perkenalkan sifu ainon ni kepada kawan karib yang gemar menulis, insyaAllah.

    btw, nada saya tu macam nada tak heran...

    ReplyDelete
  11. saya tak pernah baca buku suntingan sis tu. tapi saya dah baca buku kedua. tak nampak pun yang dikatakan mengelirukan, bukannya perkara pelik, cuma orang malaysia tak penah buat sebab bukan amalan biasa dalam mazhab shafie. tajuk dia je catchy.

    contoh yang saya ambil dari buku tu, antaranya kalau kita tgk siaran langsung solat tarawih dr mekah kita akan nampak ada yang mendukung anak, matikan henpon atau pegang al quran masa dalam solat, kat malaysia tak penah buat jadi kita anggap pelik sedangkan perbuatan tu dibolehkan kalau ada keperluan. Jadi dalam buku ni diterangkan keadaan dan cara untuk bersolat apabila berada dlm keadaan camtu.

    ReplyDelete
  12. saya jugak dah baca buku karen armstrong, masa beli tu tak tau pun buku tu diharamkan. kat tempat saya memang semuanya boleh saja nak baca. buku fiksyen satanic verses pun ada kat perpustakaan, tapi saya tak baca sebab fiksyen je..

    nak tau pasal perbandingan agama, kena baca banyak sebab flat-mate saya kristian, kawan saya pula penyelianya jehovah witness jadi kami kena banyak gali tentang perbandingan agama. macam mana kita nak terangkan islam kepada bukan islam kalau kita tak tau apa-apa pun.

    saya belum jumpa lagi buku perbandingan agama tulisan sarjana islam dari malaysia yang mungkin setanding dengan a history of god...ataupun mungkin saya terlepas pandang

    ReplyDelete
  13. Terbitan Sister In Islam?

    Huih,baca bleh,percaya jgn....Terplg.

    For me,group ni byk kontroversi yg blh dipetikaikan visi dan misi diorg.

    ReplyDelete
  14. Sdra Rozaidi,

    Tidak ada siapa suruh sdr percaya. Untuk saya, dalam persoalan ilmu ni Rasulullah s.a.w. telah jelas menerangkan mafhumnya "ilmu adalah milik mukmin, di mana saja kamu temui kamulah yang paling berhak mengambilnya".. dan dikuatkan lagi oleh Saidina Ali k.w. dengan kata "walaupun dari seorang kafir, fasiq atau munafik".

    Sebab itu kemerdekaan individu adalah sangat penting agar dapat membuat keputusan yang wajar. Dalam teori pembangunan masyarakat, pada tahap unggulnya disebut interdependence.

    ReplyDelete