Wednesday, August 27, 2008

Mukhriz, Pak Lah dan Malaysia

Jujurnya aku tidak berminat dengan politik gaya YB Mukhriz Mahathir. Meski dia dilihat antara yang paling ke depan menggesa YAB Perdana Menteri meletak jawatan, keberanian beliau untuk aku tidak cukup mewakili kepentingan rakyat, hanya saja ia kebetulan. YAB PM memang dilihat lemah dan terus lemah - meski pada satu tahap ia hampir berjaya mengalih persepsi ini.

YB Mukhriz masih kekal dengan politik menyelamatkan UMNO dalam erti kata menindas lawan. Cuba rujuk kenyataan-kenyataan beliau pasca PRU-12. UMNO boleh diselamatkan jika mereka tahu politik demokrasi adalah politik rakyat, politik yang mengajak pemimpin melihat semula kehidupan rakyat yang memberi peluang melalui undi untuk mereka berada di singgahsana.

Pemimpin politik harus ingat dalam demokrasi setiap dari kita yang berdaftar memiliki satu undi di mana tidak kira Profesor, buruh kasar atau siapa saja dan apa juga kelayakan diiktiraf sama disisi undang-undang dalam proses membuat keputusan. Dalam erti hidup bernegara, kesamaan di mata hukum adalah cukup penting.

Rakyat yang merdeka harus diberi makna kemerdekaan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Bagi mereka yang ghairah terhadap isu ini, marilah kita bertafakur bahawa situasi hari ini tidak wujud dalam ruang vakum - tanggungjawab terlalu banyak untuk kita pikul jauh melampaui batang tubuh DS Anwar atau siapa saja yang dinamakan pemimpin.

* Aku terdengar khabar ada usaha memanggil semula Tun Dr Mahathir untuk memangku jawatan Perdana Menteri! Aduh!

2 comments:

  1. kalu tun ganti tempat pak lah..pak lah nak buat apa?
    kalu DSAI naik PM bawa Malaysia baru..
    tun naik bawa Malaysia apa?

    ReplyDelete
  2. Malaysia Lagi Baru kot..hehehe

    Libertarian nak limitkan gomen, so, sapa naik pun kita kena awasi..hehe

    ReplyDelete