Tuesday, August 12, 2008

PAS mahu keluar Pakatan

Aku ingat cerita dah habis. Alih-alih baru-baru ni (aku dah baca lebih awal tapi malas nak komen) Ustaz Nasruddin Tantawi menulis lagi seolah-olah membayangkan Pakatan Rakyat tidak akan ke mana (baca: dua kali lima dengan BN). Hal ini diperkuatkan lagi oleh kenyataan TG Haji Hadi semalam bahawa PAS sanggup keluar Pakatan Rakyat jika ia tidak menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan.

Jika diikutkan hati yang luka, mahu saja aku katakan - PAS sila keluar dari Pakatan Rakyat dan berhenti memainkan perasaan rakyat!

PAS tahu UMNO-BN zalim dan kezaliman ini melata sehingga bukan saja yang Melayu-Islam, tapi juga terkena bangsa-bangsa lain. Dan tindakan PAS membuat Pakatan dengan PKR dan DAP membolehkan ada peluang kezaliman ini dapat dihentikan. Tidak Islamikkah? Dan aku boleh meneka jawapannya - ya, sebab itu PAS 'bertahaluf siyasi' (kata mereka!).

Dalam perihal tahaluf siyasi ini, PAS bukan saja memberi, tapi juga menerima manfaatnya. Itu sangat jarang kedengaran dari mulut pimpinan PAS terutama TG Haji Hadi. Apa yang jelas dari pandangan awam ialah - PAS kemaruk kuasa tapi tak cukup menampilkan mereka layak. PAS lebih senang membuai ego dengan kenyataan jentera yang ramai dan patuh dan kenyataan "kami yang lebih tahu tentang Islam". PAS mahu rakyat lihat "PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS", sama seperti UMNO mahu semua melihat "Melayu adalah Islam, Islam adalah Melayu". Walhal dalam praktisnya, kita tahu dalam Melayu dan Islam gaya UMNO dan PAS seolah ada kasta - siapa lebih Melayu dan siapa lebih Islam. Dan untuk aku ini melangkau semangat keadilan yang ditentukan Tuhan dan menjadi hak Tuhan sepenuhnya.

PAS percaya jika Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari kalangan bukan Islam lebih ramai dari yang Islam, ia akan menjejaskan Islam dan orang Melayu. PAS mungkin lupa bahawa dalam Parlimen itu masih ada UMNO yang selalu mengaku mereka Melayu dan Islam. Seolah-olah isu tidak dibahas dan tidak ada kebijaksanaan yang boleh dirunding. Seolah-olah ada ketakutan dalam persoalan bargaining ideas - jauh sekali mirip dengan sikap Rasulullah s.a.w. yang sedia bargain ideas meskipun Baginda selalu minoriti dalam rundingan-rundingan yang muncul.

Sebagaimana selalu aku sebut pada kawan-kawan. Untuk melawan kezaliman, cukup hanya kesedaran. Tetapi untuk melaksanakan keadilan, ia memerlukan kesedaran dan kebijaksanaan. Sebab itu bahasa sebagai kerajaan ada pemisah berbanding bahasa pembangkang.

Kenyataan-kenyataan PAS kini dilihat rakyat tidak terpisah dari kekalutan 'merisik' (boleh juga dibaca sebagai muqabalah!) yang akhirnya terpecah ke pengetahuan ramai. Ego pimpinan PAS tidak pernah mengakui mereka silap (kecuali saudara Mahfuz dan beberapa pimpinan yang sudi mendengar nasihat TG Nik Aziz). Mungkin pimpinan PAS melihat ianya cukup Islamik bila PAS menafikan ada rundingan, malah mahu mengambil tindakan saman terhadap individu yang menuduh! Tapi PAS lupa, bila mereka menipu dalam kes ini, orang awam tidak lagi melihat wajah Islamik PAS sebagaimana yang dilaung-laungkan.

Orang awam lega dengan banyak kenyataan TG Nik Aziz yang kini lebih inklusif meski ada juga beberapa kenyataan TG Nik Aziz sebelum ini juga mengguris. TG Nik Aziz juga tidak segan hadir bertemu DS Anwar saat DS Anwar diserang fitnah. Tapi sebahagian pimpinan PAS mengambil peluang ini untuk terus menekan Pakatan Rakyat.

Mereka hampir terlupa amanah kepimpinan adalah persoalan rakyat keseluruhannya. Mereka sanggup mengugut untuk membiarkan kezaliman berterusan hanya kerana beberapa kerusi politik. Mereka mengugut rakyat sebenarnya!

Dulu pernah cikgu aku sebut - jika seorang yang lain ada masalah berkawan dengan kamu, mungkin orang tu tak betul (ada dengki dan sebagainya). Tapi kalau semua orang ada masalah bila berkawan dengan kamu - sebenarnya kamu tu ada masalah.

Dalam menghormati PAS sebagai entiti politik yang mempunyai citra perjuangannya sendiri dan dalam mengenali ramai aktivis PAS yang aku fikir jujur dalam berjuang meski ada kekurangan dalam strategi politik - aku fikir kenyataan TG Haji Hadi kini (selepas kecoh isu rundingan PAS dengan UMNO) adalah kenyataan yang sangat memalukan PAS sebagai badan yang mengguna nama Islam.

Ego politik orang agama memang sukar dibendung. Dalam mengkritik orang lain sebagai tidak berautoriti, mereka sebenarnya ada kecenderungan mahu beritahu - kami yang berautoriti. Tidak percaya?

* Untuk kawan-kawan PAS, aku terbuka untuk pandangan balas. Cuma aku harap kerangka hujah harus menyantuni isu keluasan politik dan kemampuan PAS untuk mengisinya. Jujurnya kita tidak harus memusuhi sesiapa - yang kita kritik adalah sikap dan kita harus faham bahawa sikap tidak berlaku sendiri melainkan ada pelakunya. Maka beban kritik harus dipikul pelakunya. Kritikan membina untuk aku adalah amat dialukan.

11 comments:

  1. Aku setuju dengan artikel diatas.

    Tak serik-serik, masih nak hulur kepala nak kasi UMNO sekeh.

    Kalaulah dah rasa gatal dok pakai jubah selama ini, dan sekarang ni dok mengidam nak pakai baju kot degan tai dan berseluar....jangan malu, pi la ambik borang UMNO dan join.

    Aku tak faham dimana hilangnya hikmah dalam berpolitik secara Islam. Yang aku boleh faham dari kenyataan TGHH, dia ugut nak keluar pakatan.Ramai sikit MP bukan melayu dalam Pakatan tu hanya alasan dia aje.

    Apa dalam BN tu majoriti MP orang melayu ke? Dalam Pakatan ade 3 parti...apa kejadah nak pi join BN yang ader 14 parti!

    Mata aku rabun ke ape ekk....pertama kali aku dengar TGHH bercakap tentang hak orang melayu!....mana hilang perjuangan mendaulatkan Islam selama ni?

    Senang aja bagi aku, TGHH dan kengkawan yang nak join UMNO, pi la join UMNO. Biar PAS bersama pakatan.

    bat8

    ReplyDelete
  2. salam amin,

    pada aku itu adalah cara yg plg tepat bg PAS, mereka mmpunyai idealogi dan perlembagaan mereka sendiri.mereka berdiri bersama pakatan bertujuan meruntuhkan ketidakadilan kerajaan skrg.

    namun amin, ingatlah seadil2 ukuran dan pikiran manusia,hukum tuhan itu adalah yg plg adil sekali.

    amin,itu bukanlah sikap ingin meninggi diri,ego,jauh sekali takbur. itu tandanya rendah diri,tunduk, jika dibandingkan manusia dgn penduduk langit.anda ingat PAS takut hilang negeri?anda ingat PAS kemaruk kuasa?tidak...

    bat8,
    PAS tidak mahu bersama PR bukanlah disebabkan ingin bersama UMNO tetapi takut perkara yg sama(PS-UMNO) terjadi kembali bila bersama PR.

    ReplyDelete
  3. Semua parti mempunyai ideologi dan perlembagaannya tersendiri dan menipu sambil mengugut mereka yang mendedahkan rundingan belakang tabir, sampai Mahfuz kata dia pun tak tahu dan hanya dapat arahan menafikan itu mungkin adalah jelmaan kepatuhan pada Tuhan!

    Itu persepsi umum!

    Seadil-adil hukum Tuhan di akhirat tidak ada siapa pertikaikan selagi mana dia percaya dengan Tuhan dan juga Hari Pembalasan. Cuma kita jangan turunkan taraf Tuhan sebagai hamba dengan 'menipu' dan kemudiannya guna nama Tuhan sebanyak-banyaknya untuk tunjuk bahawa kita paling benar!

    Adakah PAS pun percaya doktrin taqiyah?

    Untuk aku - PAS berpakat dengan PKR dan DAP untuk maksud yang sama - untuk menafikan kezaliman UMNO-BN terhadap rakyat terbanyak - tak kira bangsa dan agama. Sudahkah perkara asas kerjasama ini tercapai?

    Jangan lupa dalam Pakatan ini, PKR dilihat sebagai jambatan walaupun sebenarnya adalah anak tiri kerana sebelum 8 Mac tak siapa sangka keputusannya akan begitu. Tak percaya, tengok saja pembahagian kerusi - DAP dan PAS membolot kebanyakan kerusi2 selamat. Tapi tak apa, itu bukan hal yang saya ungkit kerana saya bukan orang parti.

    PAS tak takut hilang negeri bukan soal. Rakyat sebenarnya tidak mahu tahu siapa yang menang berbanding kemenangan ini memberi apa kepada mereka - kezaliman berterusan BN atau harapan baru Malaysia?

    Untuk waktu ini, tanpa membelakangkan potensi semua pihak, aku kekal menyatakan PAS tidak menunjukkan kematangan strategi politik jika dinisbahkan dengan PKR yang baru 10 tahun.

    ReplyDelete
  4. amin,
    PAS bukanlah politik semata-mata kerana PAS lebih besar dari itu,membawa PAS kpd persoalan politik semata-mata maka dgn sendirinya merendahkan PAS itu.PAS membawa Islam sbg satu sistem kerana mereka percaya bahawa sistem itulah yg benar-benar diredhai. maka jika Keadilan tidak mahu ikut serta,jadi silakanlah.

    Keadilan pada aku tidak perlu takut,dgn byk kerusi di sarawak akan ikut serta dlm pakatan begitu juga org dari dlm UMNO,Keadilan aku rasa akan layak menjadi kerajaan.

    soal rundingan itu telah aku sebutkan bahawa itu antara kesilapan terbesar PAS,rakyat byk tidak bersetuju dgn cara itu.ttp bukankah itu seni, dgn ramainya ahli parlimen BN(30 org yg diwar2kan)berunding dgn DSAI utk melompat.adakah Keadilan juga mempunyai Ayatullahnya sendiri?sekurang2nya isu muqabalah itu dikritik oleh byk org sedangkan anwar yg aku lihat slps keluar dr penjara tiada langsung kritikan yg dilemparkan kpdnya oleh ahli PKR.oh ya,mungkin ahli-ahli PKR yg ramai itu termasuk anwar sebuk bekerja utk rakyat.

    ReplyDelete
  5. Silakan kritik Anwar, tidak ada masalah. Kritik saja PKR, juga berlambak. Seingat aku Anwar tak pernah kritik PAS secara terbuka - apatah lagi kritik individu dari parti lain. Konsepnya mudah, dalam keluarga sedangkan lidah lagi tergigit..macam tak ada cara lain nak selesaikan! Pesan aku mudah "freedom and discipline are not enemies, they are friend".

    Semua parti politik mengaku membawa perkara besar lebih dari soal kerusi. Kalau begitu berhenti berpolitik dan jadi NGO, lagi senang. Real politik jangan dipisahkan dari persoalan kerana itu adalah sifatnya - atau PAS nak buat kudeta?

    Politik terdedah kepada persepsi awam, maka tak payah poyo rasa lebih bagus..baik Anwar atau siapa saja..rasanya Anwar sebagai individu berbanding parti kena serang bertalu2 guna media massa! Jauh lebih dahsyat dari PAS kena..atau kita buta?

    Anwar jadi PM atau tidak persoalan rakyat perlu dijawab dulu - maksud aku apa keutamaannya sekarang?

    Cakap yang mudah saja - ada orang tertentu tak mau Anwar jadi PM tapi depa tau pemimpin PAS tak cukup kuat nak capture hasrat rakyat untuk jadi PM sekurang2nya buat masa ni.

    Cakap saja kalau boleh PAS nak pegang semua jawatan dalam kerajaan dan tinggallah semua orang dari parti lain tercungap2..kalau boleh bungkus terus. Kenapa tak cakap?

    Sesuatu itu adil maka ianya Islam atau sesuatu itu Islam maka ia adil?

    Saya tetap katakan strategi PAS lemah, tapi tak beerti tidak boleh dibaiki.

    ReplyDelete
  6. Kita tidak memerlukan lebih banyak tafsir-tafsiran ke atas peristiwa dan kejadian lalu.

    Mari halakan anak panah kita ke hadapan. Berfikir ke hadapan. Tengok ke hadapan.

    Mari berfikir mencipta masa hadapan.

    Yang ada hanyalah masa hadapan!

    ReplyDelete
  7. Saya setuju Puan Ainon. Sebenarnya saya juga tidak suka terlalu melihat 'kaki tersadung' masa lalu..kerana kita akan terus tersadung dalam proses berhati2.

    Cuma bila permusuhan terhadap DS Anwar disandar kepada asas DS Anwar mengkhianati gerakan Islam seawal awal 80-an, saya fikir ia telah menjadi doktrin pelik kepada sesetengah orang.

    Terlalu ramai kawan saya bersama PAS, malah dalam UMNO dan macam2 parti serta tidak berparti. Saya fikir dalam politik, ada masa kita membela parti, ada masa kita harus mengambil sikap sebagai individu.

    Sebab itu saya kekal melihat tabahnya Khalid Jaafar dalam mengemudi idea libertarian sebagai pilihan wajar di tengah rancaknya wacana popular. Tapi pernahkah Pak Khalid mengalah?

    Libertarian (meskipun saya lebih dikenali sebagai centrist) selalu percaya bahawa kolektivisme tidak harus 'selalu' membunuh individualisme kerana dalam konteks Islam bagi saya ia jelas - bahawa dosa tiap dari kita tidak ditanggung oleh yang lain. Justeru, kita harus membebaskan diri untuk mencari kebenaran dan tidak wewenang meleburkannya atas nama jemaah.

    Saya tahu tulisan saya kali ini mungkin sedikit keras menghentam PAS. Justeru, saya pohon maaf andai ada yang terasa..saya mahu PAS terus bersama saf Reformasi kerana ada bahagian yang baik untuk mereka yang sabar membawa kebenaran (insyaAllah jika itu yang diyakini).

    ReplyDelete
  8. Aku tak reti nak berhujah dan berkolek dengan hujah seperti amin.

    Aku tak faham bila dikatakan PAS tak mahu kepahitan semasa masuk BN dulu berulang balik. Tetapi dari kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin PAS dari Terengganu( aki direct je) tidak membayangkan hasrat itu - sebaliknya ingin meneruskan agenda pertemuan sulit dengan UMNO sebelum ini.

    Yang amat mengherankan aku - tiba-tiba mereka bercakap tentang mempertahankan hak orang melayu. Seingat akulah mereka ini sering menegaskan perjuangan mereka melangkaui agenda melayu.

    Aku juga heran, hak orang melayu telah lama digadai oleh UMNO...depa pun dok canang kat ceramah di erata tempat. Mengapa sekarang baru berubah lagu?

    Yang aku nampak, masih ade segelintir pemimpin PAS yang masih ghairah untuk bekerjasama dengan UMNO. Dan juga ade kelompok yang menentang.

    Yang aku heran...dalam Pakatan hanya terdapat 3 parti yang setara. Dalam BN, terdapat 14 parti komponen lain. Hanya UMNO satu-satunya parti melayu.

    Apa asas perkiraan strategi golongan pro UMNO dalam PAS ini bahawa mereka akan lebih berjaya menrealisasikan perjuangan mereka melalui BN?

    Apa pilihan PAS? Dont tell me that PAS wanted to go alone when some leaders indicate their preference to join up with UMNO.

    Dari pengamatan aku, kecuali Dato Mustafa Ali, semua yang cenderong to join up wif UMNO samada too young or blum jadi ahli PAS lagi semasa PAS joined BN. Jadi mereka tak tahu pahit maung yang dihadapi PAS semasa dalam BN.Yang aku ingat, dalam tahun 1976, TGHH masih lagi belum jadi ahli PAS sebab masa tu dia masih bekerja dengan Majlis Ugama Terengganu.

    Aku bersetuju dengan pendapat amin bahawa PAS masih lemah dalam strategi.

    Juga aku cant help but notice segelintir pemimpin PAS tidak cekap malah sering tersasar dalam menterjemahkan prinsip ke realiti. Disini kelebihan TGNA yang dapat mempamirkan keindahan Islam memerintah sejak tahun 1990. PAS hanya memerintah terengganu sepenggal sahaja.

    Perlu diingat, tekanan dan penindasan yang diterima oleh PAS kelantan dan terengganu sama-sama hebat...yang membezakan keduanya adalah strategi dan ketepatan menterjemah prinsip dengan realiti yang ada.

    bat8

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Sebagai ingatan PAS Parti Islam No. 1 dan Parti Politik No. 2. Pas hanya mengejar keredhaan Allah bukan keredhaan rakyat.

    wallahualam

    ReplyDelete
  10. Melayu Utara,

    Macam kenai saja hujah copy paste dari pandangan Faisal Tehrani tu.

    Parti Islam no 1, parti politik no 2...menipu sampai ugut nak saman orang masuk dalam nombor yang mana?

    Saya hormati asas perjuangan PAS dan saya percaya ramai pengikutnya berjuang atas maksud itu. Saya juga percaya nilai dan pendekatan Islam tidak terpisah dari liku politik yang tajam.

    Mungkin elok juga saya ingatkan kaedah Usul Fiqh - Jika tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.

    Pokoknya keutamaan kita apa sekarang?

    Saya faham - boleh saja nak berdakwah di mana saja even jumpa UMNO sekalipun. Maka, kenapa kekuatan dakwah yang harus berteraskan hujah tidak dipakai?
    Jangan kata wave length tak sama..seolah2 agama ni eksklusif dan tidak ada bahasa yang merakyat. Itu namanya menggunakan agama! Bukan menjadikan agama sebagai panduan.

    Terimalah hakikat Islam ni rahmatan lil 'alamin..maka kenapa perlu takut untuk berwacana? Sentimen?

    ReplyDelete
  11. aku ada baca artikel dalam Malaysian Insider yang ceritakan bahawa Allahyarham Ustaz Fadzil Noor begitu strategik dalam menjalankan gerak geri sebagai pendakwah dalam politik yang aku rasa dalam PAS semacam takde orang yang sebegitu.

    sekadar sedikit bingkisan yang dapat aku ambil.


    On the day Anwar was summarily sacked from all his positions in the government on the pretext of corruption, misuse of powers, sodomy and womanising; Fadzil made a bold move.

    He visited Anwar at his official residence to offer moral support.

    Fadzil did not inform his party comrades of the visit. He switched off his hand phone and no one could locate him on that fateful night.

    Pas leaders only came to know about Fadzil's visit from the newspapers.

    Days later, according to Subky Latif's memoir of Fadzil Noor, at the party central committee meeting, Fadzil was quizzed "as if facing a tribunal."

    Fadzil took a great personal and political risk by aligning himself and Pas to Anwar. He went further, forming the Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) — an umbrella body of political parties and NGOs and one of the two forerunners of the Barisan Alternatif along with Gagasan Demokrasi Rakyat — without the approval of the Pas central committee.

    Fadzil's daring political move paid off.

    The party doubled its membership in a year. Between its birth in 1951 and the end of the 1980s, Pas had registered 300,000 members, reaching 400,000 in 1997 and about 450,000 prior to September 1998.

    The party now claims a membership of one million. The party's organ Harakah increased its circulation from the pre-Reformasi peak of 72,000 copies during the Arau by-election in July 1998 to 380,000 copies in 1999, contributing a useful stream of income to the party coffers.

    Liew Chin Tong is the DAP MP for Bukit Bendera.

    ReplyDelete