Terkejut aku bila sahabat blogger Mat Saman Kati memuatkan tulisan Projek Kita di PerakExpress.Com. Sebetulnya tulisan tu aku tulis santai, sama seperti tulisan-tulisan yang lain. Maksud aku, aku tidaklah terlalu serius berfikir (sebab tu ayat-ayat dalam tulisan aku kebanyakannya agak tidak tersusun).
Sebagaimana aku kata, untuk melawan kezaliman cukup hanya berkesedaran tetapi untuk mengisi keadilan ia memerlukan kesedaran, kejujuran, kebijaksanaan dan keberanian untuk melaksanakannya.
Dalam tulisan yang lepas, aku hanya memuatkan empat perkara utama yang mesti difikirkan oleh kita pasca kemasukan DS Anwar ke Parlimen (sebetulnya pasca PRU-12). Persoalan perpaduan, persoalan integriti, persoalan ekonomi dan persoalan masyarakat Madani. Sebenarnya aku tidak mahu menulis semuanya kerana perkongsian sesama kita akan menjadikannya lebih menarik dan jitu di mana debat atau maklum balas ramai akan membantu kita memperkaya sudut pandang kita di samping memilih yang terbaik untuk dilaksanakan (tentunya selepas perhitungan faktor yang tidak sedikit).
Di sini aku buat sedikit penambahan:
5) Media yang bebas dan adil
Ramai yang bengang dengan persoalan ini. Hakikatnya kita tahu Utusan dimiliki oleh UMNO dalam konteks 50% sahamnya. Justeru, dalam konteks pasaran bebas, mereka tidak sepenuhnya salah. Sudah tentu Utusan mahu menyediakan berita yang 'favour' kepada pemiliknya. Apa yang kita harus tuntut ialah kebebasan untuk pihak lain juga memiliki upaya menyediakan berita. Maksud aku, perihal lesen atau permit penerbitan harus dibincangkan sama ada perlu atau tidak, atau ada cara lain untuk kita meningkatkan upaya ini.
Jualan Utusan tidaklah sehebat akhbar lain tetapi sistem yang seolah dimonopoli oleh satu pihak ini yang harus kita pulihkan. Begitu juga dengan TV. Negara kita harus bersedia untuk memberi ruang jika misalnya - mana-mana usahawan atau parti politik, malah NGO untuk menerbitkan atau membayar stesen penyiaran yang 'favour' kepada mereka. Media harus dibebaskan dari kongkongan kerajaan dan bebas menyediakan siaran berasaskan pasaran.
Sudah tentu aku maklum akan ada mereka yang mengheret persoalan ini ke titik ekstrim misalnya "bagaimana jika ada yang mahu membayar untuk siaran lucah?". Untuk aku, orang media kita bukanlah terlalu bodoh untuk menilai hal yang seperti ini. Media bebas sama seperti pasaran internet, kalian tidak akan mampu menjamah semua dan ia memerlukan kos yang tidak sedikit untuk meminta lebih.
Pokoknya dalam persoalan ini, kita harus mengelakkan campur tangan secara primer oleh pihak kerajaan. Kita harus menggerakkan upaya masyarakat Madani untuk mengambil alih sebahagian urusan kerajaan yang tidak efisien di mana rakyat menyumbang dalam bentuk derma, sedeqah dan sebagainya bagi menggantikan nilai taks yang rendah. Tidak sukar menilai aspek pasaran bebas ini dari perspektif Islam, hanya saja jika kita berani untuk melihat bagaimana institusi ekonomi zaman Rasulullah s.a.w. bergerak. Perhatikan betul-betul, nilai zakat yang rendah memberi peluang setiap individu memiliki harta (property rights) dan ini akan meningkatkan kuasa membelinya. Pada masa yang sama, persaingan antara pembekal akan menyediakan kualiti barang dan khidmat di samping menurunkan nilai harga kepada harga patut. Ia memanfaatkan ramai pihak. Lihat saja bagaimana persaingan antara Maxis dan Celcom serta selainnya, kini kita berpeluang memiliki talian telefon bimbit dengan kadar harga mampu.
Jangan lupa bahawa Rasulullah s.a.w. tidak menetapkan harga di pasaran. Tugas kerajaan ialah memastikan persaingan ini berlaku dan campur tangan kerajaan tidak harus bersifat primer, tetapi "the last resort" bila ada ketempangan dalam urusan pasaran misalnya ada pakatan oleh para usahawan untuk menetapkan satu nilai harga pada kedudukan yang tinggi (di luar harga patut) dan juga untuk yang memerlukan, bukan untuk mencipta ruang emas bagi mereka yang sebenarnya tidak perlu.
Harus diingat, pasaran sentiasa perlu bergerak, justeru tidak mungkin pasaran akan menyediakan sesuatu yang tidak mampu beli oleh orang ramai. Ia hanya tindakan membunuh diri sendiri.
Thursday, August 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Teruskan..Soal nak perintah negara, tu bagi Anwar yang buat. tapi soal untuk memerdekakan rakyat itu tanggungjawab kita. Ada ilmu jangan kedekut, kita kongsi-kongskan.
ReplyDeleteAku memantau blog hang!!! bukan nak block tapi nak ciplak.he.he.he.
saya selalu menyatakan kolektivisme tidak harus melupuskan individualisme.
ReplyDeletesaya agak hairan kenapa kebebasan individu mesti disabitkan dengan Amerika meski nampak jelas negara itu cukup kuat mendokongnya. untuk saya Islam yang menjamin kebebasan individu, bukan Amerika!
jerung ekonomi? jerung-jerung ekonomi hanya akan berjaya bila tidak ada persaingan! bangsa atau negara yang lemah boleh belajar dan bangkit, harus diingat dalam konsep libertarian, persamaan di mata hukum atau kedaulatan undang-undang cukup untuk memastikan hak diberi kepada yang berhak dan sebaliknya.
saya masih terbuka (sebab itu saya selalu nyatakan saya cenderung centrist, saya tidak mahu fanatik ideologi, sudut pandang libertarian mungkin sangat asing bagi kita di malaysia, tapi untuk saya ia masih pilihan yang baik.