Saturday, August 2, 2008

Wan Azizah, Anwar dan Masa Depan Malaysia

"Saya dah tak bagi buku ni" begitu kata DS Wan Azizah sebelum masuk ke Kedutaan Perancis.

Petang itu aku jadi pemandu YB Yusmadi, kami menghala ke Kedutaan Perancis selepas makan tengah hari di Parlimen. YB Yusmadi belum menyiapkan lesen keretanya - lihat saja aksi kempen beliau menaiki basikal tua!

Selalunya sebelum ini, di mana-mana pertemuan yang boleh dianggap eksklusif DS Wan Azizah akan menghadiahkan buku Asian Renaissance tulisan DS Anwar kepada orang yang ditemuinya. Petang itu aku tidak sepenuhnya ingat mesyuarat apa, tidak silap aku berkenaan EU di mana DS Wan Azizah menjadi Pengerusinya di Parlimen. Usai meninggalkan YB Yusmadi, aku keluar dari Kedutaan Perancis menghirup udara luar.

DS Wan Azizah waktu itu aku fikir lekas cuba mengubah persepsi bahawa beliau terlalu terikat dengan imej DS Anwar. Hari itu aku kira hari yang berbeza, beliau sekadar menunjukkan sedikit dari aspek kepimpinan yang beliau pilih tidak mahu menonjolkannya.

Kini DS Wan Azizah sudah memilih untuk meninggalkan Parlimen, sekurang-kurangnya untuk 5 tahun untuk memberi ruang kepada DS Anwar bertanding Pilihan Raya kecil di Permatang Pauh. Komentar Tun Dr. Mahathir mungkin antara yang terbaik tentang hal ini.

DS Anwar akan ke Parlimen insyaAllah dan itu tanda mula bahawa politik Malaysia akan membuka lembaran harapan baru. Tapi ia tidak semudah itu. Lembaran baru tidak mungkin muncul dari kerja seorang manusia melainkan seorang manusia hanya mampu mengilhami dan memberi panduan umum, malah tidak sepenuhnya wajib diterima. Hanya saja keutamaan menjadi perhitungan.

Petang ini DS Abdullah Ahmad Badawi bergegas ke Sarawak sebelum ada menteri lain yang akan dihantar ke Sabah.

Dalam kerajaan, mereka sedar bahawa dakwaan DS Anwar punya asas dan ia tidak boleh dipandang mudah. Kerajaan juga tidak sedikit pemberi maklumat. Justeru, pertarungan ini akan lebih getir.

Ada suara-suara impian kabinet bayangan yang telah muncul di blog-blog dan ia tidak salah meski aku melihat ini aksi budak-budak. Ia penting tapi obsesi tentang ini tidak perlu.

Masa depan Malaysia, jujurnya apa yang kita fikir tentangnya?

3 comments:

  1. baguslah kak wan berehat.

    dapatlah anwar dan anak2 makan masakan air tangan ibu mereka selalu..

    ReplyDelete
  2. ada bait popular memperihalkan isu ini :

    "di sebalik kejayaan dan kegagalan seorang lelaki itu ada seorang wanita"

    ReplyDelete
  3. Harapan saya DSAI belajar dari kesilapan Bung karno. Seperti yang diungkapkan oleh Ahmad Wahid dalam buku "catatan harian"nya, Bung karno berhasil melahirkan kemerdekaan tetapi gagal menjawab citra-cita kemerdekaan.

    ReplyDelete