Friday, March 6, 2009

Cinta Monyet Darjah 6

Kami kawan. Hidup berjiran. Sama sekolah. Pernah sekelas selama 2 tahun. Dia pengawas, aku mawas (hehehe). Tapi walaupun dia budak pandai, down to earth gakla, boleh ajak merepek..haha

Sebenarnya jurang aku dan dia jauh. Dia budak pandai dan agak popular. Dulu senior pun ramai yang dok mengayat dia. Aku lak pelajar biasa yang hu-ha dalam kelas. Kalau ada pun kelebihan aku sikit ialah dalam sukan. Tapi masa keputusan UPSR kau keluar, orang tak akan tanya dulu kau main sukan apa? Tapi aku jawab balik, lepas kau dapat masuk sekolah menengah, berapa lama orang akan tanya keputusan UPSR kau? hehe..Sukan sebenarnya berkaitan dengan karakter, cewah!

Aku ajar dia main catur, tak lama lepas UPSR sebab kelas dah tak ada dan kami semua bosan. Asalnya aku dan kawan-kawan main suka-suka saja dan dia yang beria nak main sama. Ah, sebenarnya kami bukanlah asing antara satu dengan lain. Cuma aku dan kawan-kawan lebih suka merepek meraban sesama sendiri. Bab awek pun memang ada borak tapi masing-masing pun sedar diri. Awek-awek lawa sekolah aku masa tu semua dari keluarga kelas tinggi dan terhormat.

Aku tak tau bila kami mula rapat sampai budak-budak semua tahu. Tak kisahlah, masa hujung tahun persekolahan darjah 6 tu pun sempat masuk Kejohanan Catur Tertutup Perlis dan aku dapat nombor 3 kategori remaja. Wah, aku mula bersemangat untuk main catur sungguh-sungguh. Dia ikut main juga, kali pertama masuk pertandingan dan dia dapat 3 mata daripada 6, kira oklah. Tapi sayang lepas tu dia berhenti kot? Bukan jiwa dia. Seingat aku dulu dia juara pertandingan organ.

Dulu kecik-kecik memang tak reti bergayut. Mula-mula, hehe. Tapi lepas tu dah reti. 30 minit tu biasalah. Siap ada strategi - mula-mula telefon rumah, lepas berdering dua kali, letak. Kira tu tanda dia atau aku nak telefon la, haha. Maknanya jangan bagi orang lain angkat. Tapi dia cool saja minta nak cakap dengan aku bila mak aku angkat. Maka aku pun tercabar, aku pun selamba cakap dengan mak dia :) oh, kakak dia nama Munirah juga, senior aku di Derma 3 tahun.

Rumah dekat, sekolah sama, kadang-kadang telefon, tapi kami tak pernah dating macam orang lain...seingat aku la. Cuma kami rajin juga tukar surat. Lawak lak rasanya sebab macam orang dulu-dulu - tinggal surat kat satu tempat, nanti datang ambil, haha. Tempat pilihan kami masa tu ialah pondok telefon di Lorong Asam Paya, lorong pertama taman kami. Pondok telefon tu kadang ada orang bergayut, maka kena tunggu bagi line betul-betul clear. Bab surat ni kantoi dengan abang. Cilakak tul, boleh pula dia bagitau mak! Masa tu surat pun mau warna biru...gila aku tak tau pun, dialah yang hantar surat warna biru. Aku tulis atas surat kertas kajang biasa saja, hahaha.

Break masa tingkatan 1, tak adalah apa sangat. Tak pernah gaduh, tapi tak bercakap juga la untuk satu tempoh. Tak dendam pun. Akhirnya kami jadi kawan baik. Sampai tingkatan 3 sama sekolah sebelum dia masuk MRSM Taiping dan terbang ke UK.

Sebelum SPM, dia hantar poskad dengan kata Eleanor Roosevelt "The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams". Kata-kata ini memang sampai tepat pada waktunya. Tak apa, insyaAllah nanti dah masuk cerita tingkatan 4-5, boleh kot nampak sedikit gambaran.

Kadang-kadang lawak memikirkan. Cinta 2 dan 3 aku ialah kawan dia. Dan cinta dia selepas aku dan selepasnya juga kawan aku. Bukan kawan jauh, semua kawan rapat! Dia sokong aku, aku sokong dia.

Aku pernah minta dia tolong belikan buku di UK dan dia pernah telefon aku 1 jam dari sana. Hurm, menurut bos aku - memang telefon dari UK murah berbanding dari Malaysia. Lepas borak hal buku, borak hal hidup masing-masing. Dia pun dah ada steady dan kami pernah jumpa masa di Malaysia - dia dan bf dia hantar buku-buku yang aku pesan.

Oh lupa, masa dia balik Malaysia nak dekat Raya dua tahun lepas - boleh dia tak beli tiket raya. Maka aku ambil dia di rumah Sabirin, abang sulung dia sebelum kami balik sama-sama. Keluarga dia dah pindah ke Kedah.

Kali terakhir jumpa dia semasa reunion Raya tahun lepas. Budak-budak sekolah aku memang sempoi, yang berlalu tetap berlalu. Pandang ke depan dan setia berkawan :)

Gila, padahal aku nak cerita masa darjah 6, langsung jadi masukan (entry) untuk dia, hehe..

2 comments:

  1. Ceh...Poyo...!

    Bercinta satu sen tak keluar uang...malah harta aku kau kikis! hahahhaa

    Tapi Mak Engku Mak yang Sporting dalam DUNIA!

    ReplyDelete
  2. aku tahu siapa itu... this one i remember... hehe... chill!

    ReplyDelete