Perarakan membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berlaku. Perarakan ini dikenal sebagai Keranda 152.
Nombor '152' merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh fasal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.
Hari ini pergerakan ini lebih tersusun dalam isu khusus membantah PPSMI atau kata lain bagi Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Dalam pada membantah, kita juga tidak harus lengah.
Seingat aku tulisan pertama aku yang lelah tapi disiarkan Nik Nazmi dalam projek majalah digital SuaraAnum ialah Bahasa Melayu dan Perjuangan Mahasiswa dalam keluaran pertengahan Oktober 2002.
Yang menarik kali ini perjuangan bahasa dijuarai oleh mereka yang benar-benar arif dan terbukti perjuangan mereka saban waktu. Aku akan menulis untuk JalanTelawi tentang ini nanti.
Salut buat mereka yang berani!
* Sambil tu anda boleh lihat bagaimana media kita menjadi bangsat - termasuk media yang konon sahamnya dipegang oleh Melayu (baca: Melayu UMNO). Sambil itu juga jangan lupa kenyataan bangsat juga dari Ketua Polis Negara konon tidak ada demonstrasi (dia ingat 100 ribu tu boleh muat rumah dia kot? ceh, sidang DUN bawah pokok pun polis nak sabitkan perhimpunan haram, huh!
Saturday, March 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kegiatan wajib saya di pagi selepas ada demonstrasi atau perhimpunan adalah 'check' akhbar juak juak umno ni.
ReplyDelete