Tuesday, March 18, 2008

Kabinet Baru

Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan senarai kabinet baru.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam responnya berpendapat kabinet ini adalah kabinet politik untuk menyelamatkan Perdana Menteri di mana kelompok yang rapat dengan Timbalan Perdana Menteri tidak mendapat tempat yang cukup.

Dalam pendekatan lain, Perdana Menteri meminta semua jemaah menteri mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat dalam tempoh yang akan ditetapkan kelak.

Apapun, selamat bertugas. Wajah Malaysia baru boleh dijelmakan oleh siapa saja yang mahu komited ke arahnya.

2 comments:

  1. salam.

    Biasalah kita akan menyaksikan banyak drama selepas PRU dan juga selepas pengumuman barisan kabinet baru. Apa2 pun diharap mereka dapat menjalankan tugas dgn lebih cemerlang

    ReplyDelete
  2. Ya, untuk saya kita perlu mula berfikir sebagai seorang warganegara Malaysia - bukan ahli parti mana-mana.

    Parti yang mampu membentuk fikiran rakyat sebagai seorang Malaysia akan menjadi teraju kepimpinan, insyaAllah.

    Selama ini, dengan penguasaan media, BN telah membentuk suasana 'diri Malaysia' ini, tapi sayangnya 'diri Malaysia' ini hilang kerana rakyat 'gagal merasakan' mereka sebahagian dari Malaysia yang BN usahakan.

    ReplyDelete