Monday, March 10, 2008

Komen aku di Saifulislam.Com

Salam.

Aduhai, adakah saya yang tersilap?

Saya percaya keputusan undi PRU-12 adalah bertitik tolak kepada keyakinan rakyat bahawa corak politik lama di Malaysia harus diubah. Politik lama di sini saya maksudkan ialah

1) berasaskan kaum
2) berasaskan slogan atau luaran
3) dominasi keterlaluan kolektiviti dalam ruang private.

Memang ramai yang risaukan kebangkitan DAP kerana DAP cukup tegas dengan prinsip perjuangan mereka - withour fear and favour - DAP kini masih kekal dengan konsep Malaysian Malaysia yang ideal.

Dan PAS sebagai Parti Politik yang membawa cita-cita Islam dalam konteks Malaysia banyak bergantung harap kepada undi Melayu, sama seperti UMNO.

Atas soal yang dikatakan prinsip - mereka sedia bertegang urat sejak sekian lama hingga tidak nampak jalan penyelesaiannya. Dan yang untung di sini ialah pakatan politik ala BN - juga menonjolkan multi-racial tapi gagal menterjemahkan negara yang menaungi rakyat kerana lebih kepada negara yang diperintah sekelompok manusia untuk menunggangi rakyat.

Alhamdulilah Reformasi 1998 membawa lebih dari persoalan pembebasan DS Anwar Ibrahim. Hanya mungkin kerana dia adalah figura popular dan berpengaruh, maka dia jadi simbol Malaysia Baru dan ironinya, tanpa mengabaikan persoalan substance Islam, beliau berjaya menggarap rasa selamat untuk bukan Islam menerima perubahan hinggakan PRU-12 kita dapat lihat masyarakat India dan Cina sedia memakai baju, mengangkat bendera dan sebagainya bersimbolkan PAS! Malah khabar dari seorang rakan - ada di kalangan mereka melaungkan takbir!

Apakah selama proses Reformasi 1998 hingga kini (malah mungkin sejauh perjuangan sebelum Merdeka) kita tidak pernah langsung memikirkan situasi kini seperti yang kita hadapi? Inilah bahananya bila wacana tidak pernah mahu muncul dan politik selapis jadi taruhan dalam kompleksiti Malaysia.

Saya mahu tegaskan bahawa baik PAS, PKR, DAP dan selain mereka termasuk dari BN (terutama penyokong!) janganlah syok sendiri dalam pertarungan politik sebaliknya konsensus harus wujud dalam kebijaksanaan manusia mengolah kesepakatan. Semua parti yang menentang BN tidak bertanding untuk cukup kerusi majoriti pun! Sedarlah diri sikit…

Masyarakat Cina saya kira cukup pragmatik. Jika kita tengok dari bentuk ’swing vote’ kali ini, nyatalah mereka yang menunjukkan kesediaan menerima Malaysia Baru dengan memilih PAS, PKR dan DAP tanpa ragu (walaupun kerusi2 ini hanyalah ditentukan dari negosiasi yang tidak mudah). Kenapa mereka seberani itu? Kenapa saat undi Melayu ’swing’ dalam PRU-10 1999 mereka kekal memilih UMNO, MCA, Gerakan dan MIC?

Maka, saya mahu mengajak diri saya dan kita semua untuk membina satu keyakinan baru dan menggarap bagaimana nilai Islam dalam diri kita untuk ’sedia duduk minum dan membuang prejudis warna kulit’ dulu sebelum pergi lebih jauh!

Bahasa-bahasa lama yang pesimis ni dah bosan saya mendengarnya!

3 comments:

  1. amin, aku tertarik dgn politik gaya baru malaysia kini. tp yg menjadi persoalannya adakah rakyat malaysia sedia menerima.

    pada aku general consensus terhadap pembangkang (PKR-PAS & DAP)dgn mengundi pembangkang di 4 negeri ini bukanlah kerana mrk bersedia menerima politik tanpa perkauman(non-racist)ttp lebih kpd protes kpd BN,PakLah & sprt sbhgn isu2 yg kau bincangkan di bawah.

    sbnarnya aku takut begini...org melayu belum bersedia lg dari segi mental dan fizikal utk bersaing dgn bangsa lain dlm bidang ekonomi. antara kegagalan TM ialah meninggalkan deligasi melayu yg cukup/dpt bersaing secara adil dgn bangsa lain tanpa melibatkan bailout drpd goverment(UMNO).

    p/s: aku bukan bercakap dlm konteks HAK ttp dari segi KEUPAYAAN org melayu

    tp ironiknya,sampai bila keadaan(penggantungan org melayu trhadap kjaan)ini akan berlaku kalau kita tidak mengubahnya dari skrg.so terpaksalah melayu kena keluarkan sedikit peluh tu.pueewwhh...mmg kerja yg letih amin slps election ini terutamanya pd org2 melayu.

    ReplyDelete
  2. baru shj membaca akhbar berbahasa melayu..pandai sungguh mereka memainkan isu perkauman.

    jadi peranan peraih undi bukan habis setakat di hari pengundian shj. mereka2 ini harus dipaksa untk menerangkan kpd rakyat amnya mengenai gaya politik baru ini.

    ReplyDelete
  3. ya, setuju!
    dan kitalah anak muda yang harus terus bertekad untuk itu..

    sebenarya isu Melayu ni sangat sensitif bagi semua org Melayu tidak kira dari parti mana pun.

    tapi tolong belajar bahawa kerana selama ini melayulah yang segala-galanya...(tambah sendiri). dan jika kita tgk tian chua sbg contoh, gwo burne sbg cth lain..mereka ini siapa yg meletakkan diri dalam risiko utk memulihkan integriti sistem negara?

    kemanusiaan itu lebih tinggi dari soal warna kulit!

    ttg kesediaan, cuba bgtau bila kita nak bergerak utk sedia? DEB dirangka utk 20 tahun tp benarkan selepas pemergian Tun Razak dan Tun Dr Ismail kita betul2 bergerak ke arah mencapai matlamat DEB - keadilan sosial melalui pengagihan ekonomi? Kerana kita telah divert maka negara menerima padah hari ini dalam byk bentuk!

    P/S : aku tidak bermaksud masalah2 malaysia hanya dtg dr 1 kaum tp injustice everywhere will affect the justice everywhere, we must understand that.

    ReplyDelete