Monday, March 3, 2008

Manifesto

Dah macam-macam manifesto aku pernah baca sejak Pilihan Raya 1990 (seingat aku masa ni ayah dan mak dah dedahkan aku dengan kerja-kerja politik). Tapi ada beberapa perkara yang aku rasa selalu lupa dimasukkan dalam manifesto rasmi...

Belum terdengar lagi; harapnya ada parti yang akan kempen untuk menyiarkan sidang Parlimen secara langsung jika menjadi kerajaan.

Ada semacam satu kecacatan bila aku tengok musim Pilihan Raya terlalu bertumpu kepada siapa nak jadi pemimpin. Padahal aku rasa musim Pilihan Raya sepatutnya bertumpu kepada siapa yang boleh menghormati rakyat.

Sebab tu tak hairan kita tengok media dan ucapan pemimpin SANGAT memperlekehkan fikiran rakyat. Ada la satu dua pemimpin yang ajar cara rakyat berfikir dalam ucapan-ucapan mereka. Tapi yang banyaknya ialah mencabut keyakinan rakyat untuk jadi manusia mulia sebagaimana Allah s.w.t. nak dan juga meremehkan fikiran rakyat dengan cakap-cakap bodoh.

Maaf cakap la ya. Kalau begitu caranya, tak ada makna Hadhari, Kebajikan atau Madani...Kerana aku liberal, maka aku percaya Rakyat harus diperkasakan untuk berdikari dan tidak harus diajar untuk menyerahkan segalanya kepada pemimpin untuk buat keputusan.

3 comments:

  1. stqbila manifesto sume sibuk nak menabur janji..apabila mandat diberikan janji itu lebur...itulah malaysia negara ku....sebaliknya rakyat terus menderita dan terbeban huhuhu..aku sengsara

    ReplyDelete
  2. haritu dengar(tv) yg BN ni sebenarnya liberal jugak...

    ReplyDelete
  3. me, myself and all around the world..

    entah orang kita faham atau tidak apa itu liberal..

    ya, kerajaan kita memang liberal, dan rasanya parti terbaik di Malaysia ialah Gerakan - cuma gerakan punya kepimpinan yang tidak cukup kuat dan realiti Malaysia tidak memungkinkan Gerakan menerajui perubahan negara.

    Tapi liberal bukan sekadar sikap terbuka saja. Liberal ala UMNO-BN hanya liberal dari segi politik, tetapi dari sudut lain tidak! Sebab itu projek liberal UMNO-BN sangat tidak liberal jadinya!

    ReplyDelete