Dengan berjayanya pakatan rakyat untuk menidakkan BN dalam PRU-12 melalui kemenangan di Kelantan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, tidak salah untuk kita bersikap optimis untuk Malaysia Baru.
Ia bukan mudah, tetapi tidak juga mustahil.
Kegagalan BN dari kaca mata aku adalah berpunca dari beberapa faktor internal dan eksternal, misalnya :
1) Kenyataan angkuh pimpinan BN terutamanya dari UMNO dan Datuk Seri S S.Samy Vellu.
2) Amalan angkuh dan kurang ajar penyokong dan penggerak BN terutamanya dari UMNO.
3) Korupsi dan salah guna kuasa majoriti pemimpin dan pengikut BN di pelbagai tempat.
4) Penafian dan tindakan meremehkan seruan rakyat ke arah kerajaan yang bersih (apa salahnya minta kerajaan yang bersih?)
5) Pencalonan semula individu yang bermasalah di mata rakyat.
6) Penafian kehendak pengikut BN sendiri untuk kepimpinan yang mereka lebih percaya.
7) Kegagalan BN sebagai pakatan kolektif yang membina - yang ada hanya pakatan kolektif yang artificial dan superficial kerana dominasi UMNO secara huduh.
8) Kegagalan BN untuk mesra dengan fenomena yang bergerak di seluruh dunia.
9) Propaganda melampau, berat sebelah dan tidak beretika dalam media yang dikawal.
10) UMNO-BN sanggup melacurkan maruah akademisi pengampu di mata rakyat.
11) Kegagalan Pemuda UMNO khususnya dan majoriti pimpinan serta pendokong UMNO-BN untuk carry the weight of the message seperti yang tertera dalam Agenda Islam Hadhari dan Melayu Glokal.
12) Biadap terhadap manusia dan Tuhan.
13) Keputusan-keputusan serta penjelasan-penjelasan yang lemah dan tidak meyakinkan.
14) Gagal menghidupkan faham Malaysia yang lebih kukuh dari sandaran artificial dan superficial berciri kebangsaan.
15) Tidak memahami roh kebebasan.
Selain itu..aku juga punya keyakinan bahawa :
1) Peranan Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) Peranan Tun Dr Mahathir
3) Kelemahan Pak Lah sebagai PM dan keangkuhan KJ sebagai menantu
4) Penyediaan bahan dan strategi kempen yang lebih tersusun oleh selain BN
Serta :
1) Jentera yang gigih memberi kerjasama
2) Tekad rakyat
Tapi yang pasti :
Kuasa Allah s.w.t.
Marilah bersyukur dan berterima kasih dengan niat, fikiran, percakapan, dan perbuatan!
Mulakan dengan rasa kasih sayang untuk semua tanpa mengira agama, kepercayaan, bangsa, warna kulit, status hidup dan sebagainya.
Ayuh Malaysia!
Sunday, March 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku melihat dari sudut kasar begini amin..
ReplyDeleteselain drpd faktor anwar,pak lah juga dilihat lemah. lemah dari sudut kawalan trhadap negara dan rakyat.
TM walaupun dikritik dgn cara amalan medianya,kronisme and nepotisme(sprt apa yg dilaungkan pembangkang)ttp berjaya mengawal beberapa isu.rakyat melihat beliau perkasa.rakyat benci beliau ttp he's still hero di mata rakyat.
faktor paklah aku rasa yg lebih dominan. rakyat sampai skrg tidak nampak apa yg beliau lakukan terhdp negara(dlm konteks material n spiritual/semangat)
dan yg kedua faktor pengundi melayu : cina & india
p/s:walaubagaimana pun aku tidak tahu mood pengundi diwaktu hari pembuangan undi.dan mungkin pandangan aku di atas adalah tersasar sama sekali.
Faktor Pak Lah untuk aku boleh dirangkumkan dalam kelemahan kepimpinan BN kerana walaupun Malaysia telah lama bersarang dengan 'one man show' ala TDM, seharusnya peranan orang-orang terdekat untuk menegur.
ReplyDeleteFaktor individu Pak Lah juga mungkin ok untuk disebut, aku x ralat sangat dengan itu..