Thursday, March 20, 2008

Yang Menarik Lepas PRU-12

Ada beberapa perkara menarik berlaku selepas PRU-12 antaranya :

1) Peranan Raja-Raja mula menonjol.
2) Rakyat mula secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam proses demokrasi barkaitan pemahaman dasar dan undang-undang.
3) Sikap ahli dan parti politik (serta pendokongnya) yang terselindung mula nampak; dan untuk aku ia membawa sisi positif dan negatif untuk kita dan mereka belajar sesuatu.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen BN dari Serian, Sarawak iaitu YB Richard Riot anak Jaem telah mengumumkan beliau keluar dari pakatan BN, setakat ini masih menjadi tanda tanya kemungkinan dia menyertai PKR atau DAP. Sebelum ini, selepas pengumuman kabinet, kita tahu bahawa YB Tengku Azlan dan YB Anifah Aman menolak penamaan mereka untuk jawatan Timbalan Menteri. Selain itu timbul komen berkaitan suara wanita serta tindakannya mengangkat sebilangan pimpinan yang dilihat tidak meyakinkan.

Adakah ini satu permulaan untuk menunjukkan kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi jalan keluar dari jawatan Perdana Menteri?

Sebelum ini Jonah dan aku, sekitar 2004/2005 pernah bersetuju bahawa UMNO-BN akan rebah dengan sendirinya kerana salah laku dan keangkuhan mereka laksana anai-anai yang memakan sedikit demi sedikit tubuh mereka. Yang penting ialah rakyat dan pendokong Agenda Malaysia Baru mesti bersedia untuk menggalas cabaran membentuk semula Malaysia sebagaimana sewajarnya.

Untuk teman-teman, hujung bulan ini ada satu Program Pendidikan Politik akan dianjurkan. Siapa yang berminat boleh email ke kepada saya di tumpangmuda(at)yahoo(dot)com. Maklumat yang diperlukan ialah nama, no IC, institutsi, wacana yang anda minat, buku politik yang anda baca. Hantar sebelum 25 Mac dan akan ditapis sebelum dihubungi secara peribadi sekiranya diterima. Tidak ada bayaran dikenakan, segalanya percuma!

2 comments:

  1. Sdr

    A little bit distraction. I have written a bit on Arwah Sdr Adlan Benan Omar, our common friend. I thought it's corteuous to leave a note on this.

    koleq9094.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Thanks sdr Rafizi.

    Nik Nazmi and myself still talk about you too, hehe

    ReplyDelete