Saturday, March 1, 2008

Yusmadi Yusoff Untuk P53 Balik Pulau

Yusmadi mungkin antara peguam muda yang dikenali ramai dewasa ini. Dan aku harus bersyukur kerana berpeluang mengenalinya - sejak 2001 seingat aku. Cuma kebelakangan ini kami kian rapat. Setakat ini belum pernah lagi - dalam suka dan tak suka - aku tidak mengakui bahawa Yusmadi punya pendirian yang jelas tentang pandangan dan sikap yang diambilnya.

Lulusan Kolej Islam dan Perundangan di UIAM, track record Yusmadi tidak pernah ke belakang. Anak muda yang aku tidak ragu untuk sandarkan kepercayaan ini akan berdepan dengan Datuk Dr Norraesah dari UMNO-BN.

Seharusnya pertarungan ini sesuatu yang sengit dan aku percaya penduduk Balik Pulau akan berjaya diyakinkan Yusmadi dalam kempennya di sana. Sayang sekali aku tidak dapat memenuhi ajakannya untuk mengusahakan 'Asian Renaissance' di sana.

Untuk Madi, semoga berjaya! Untuk penduduk Balik Pulau, anda tidak akan menyesal memilih Yusmadi sebagai Ahli Parlimen anda!

* Sila lawat www.yusmadi.com untuk mendekati Yusmadi - latar belakang pendidikan, pengalaman dan perjuangannya.

No comments:

Post a Comment